GROUP USAHAWAN PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK TELAH MEMBUKA GROUP WHATSAPP USAHAWAN PERAK BUAT SEMUA WARGA PERAK! JOM SERTAINYA SEKARANG JUGA!

Berita baik buat semua usahawan dan bakal usahawan di Negeri Perak, PUBI Perak selaku Persatuan Usahawan dan NGO Perak paling aktif di Bandaraya Ipoh telah melancarkan group whatsapp buat usahawan yang ingin menyampaikan info berkaitan produk dan perkhidmatan masing-masing serta peluang pengiklanan PERCUMA melalui media ini.

Terdapat 10 whatsapp group telah dibuka kepada semua untuk tujuan ini. Anda semua boleh join tetapi hendaklah mematuhi syarat-syarat pengiklanan dan promosi yang telah ditetapkan oleh PUBI Perak.

Jika anda berminat untuk menyertai whatsapp group ini, sila click link di bawah ini dan join mana-mana group yang anda fikirkan perlu.

PUBI Perak berharap dengan tertubuhnya whatsapp group ini maka usaha untuk membantu usahawan menyebarkan info berkenaan Produk serta Perkhidmatan mereka akan lebih meluas dan strategik.

PUBI Perak juga sebagai sebuah Persatuan Usahawan dan NGO Perak yang prihatin akan meneruskan usaha-usaha yang dilakukan bagi membangunkan usahawan dan bakal usahawan di Bandaraya Ipoh ini secara khususnya dan di seluruh negeri Perak secara amnya.

Semoga PUBI Perak terus maju dan berdaya saing sebagai sebuah Persatuan Usahawan yang prihatin, berinovatif serta menjadi NGO Perak yang disegani pada masa akan datang. Insyallah..


SENARAI WHATSAPP GROUP UNTUK DISERTAI, SILA KLIK BUTANG DI BAWAH INI UNTUK JOIN..


Semoga dengan penubuhan group whatsapp ini akan merancakkan lagi perniagaan para usahawan semua. PUBI Perak selaku Persatuan Usahawan dan NGO Perak mengucapkan selamat maju jaya dan semoga perniagaan masing-masing berkembang maju hendaknya.

Aminn..


PERATURAN WHATSAPP GROUP RUANG IKLAN PUBI PERAK

  1. Semua peserta yang menyertai whatsapp group ini hendaklah mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh Ahli Jawatankuasa PUBI Perak.
  2. Semua peserta dikehendaki untuk menghormati satu sama lain, tidak menggunakan bahasa yang kasar serta menginggung perasaan orang lain.
  3. Segala kesan dan akibat mahupun kerugian yang ditanggung oleh peserta secara tidak langsung atau langsung hasil daripada penyertaan whatsapp group ini TIDAK AKAN sama sekali menjadi tanggungjawab pihak Persatuan.
  4. PUBI Perak berhak sama sekali TANPA memberitahu terlebih dahulu kepada peserta untuk mengeluarkan mana-mana peserta dari whatsapp group setelah difikirkan telah melanggar mana-mana peraturan yang telah ditetapkan atau peraturan yang akan ditetapkan kemudian dari masa ke semasa oleh Ahli Jawatankuasa PUBI Perak.
  5. Segala keputusan yang diambil oleh Ahli Jawatankuasa adalah hak inklusif PUBI Perak sebagai pentakbir kepada mana-mana whatsapps group anjuran PUBII Perak.

POSTING YANG SAMA SEKALI DILARANG DI MANA-MANA GROUP WHATSAPP ANJURAN PUBI PERAK.

  1. Skim cepat kaya
  2. Politik
  3. Produk sex & Lucah
  4. Iklan Auto Dilarang sama sekali
  5. Iklan yang mencurigakan
  6. MLM tidak berdaftar & Pelaburan yang tidak sah
  7. Isu/Pertikaian berkaitan Agama
  8. Isu/Pertikaian Palestine/Syria/Peperangan
  9. Mesej Viral/Video Viral/Mesej Berangkai/
  10. Bitcoin dan seangkatan..

AMARAN: LANGGAR PERATURAN AKAN DIREMOVE TERUS!