Gambar – Google

KISAH KEHIDUPAN – DULU PENGUTIP SAMPAH, BILA JUTAWAN JADI DERMAWAN BANTU ORANG DI DALAM KESUSAHAN

Acap kali kita lihat individu di kalangan masyarakat yang melampaui batas dalam pelbagai aspek. Namun, sebagai manusia biasa, semestinya kita tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan.

Begitulah asam garam kehidupan yang silih berganti. Oleh itu, sebagai insan yang bertanggungjawab, kita seharusnya sentiasa mendoakan kesejahteraan, kebaikan pada insan lain.

Kisah insan mulia, pemilik facebook Muhammad Azlan Al-Amin yang tular di media sosial difahamkan sanggup datang dari jauh semata mata untuk membayar denda RM10,000, seterusnya membebaskan adik Nursahira.

JOM BACA KISAH SAUDARA MUHAMMAD AZLAN AL-AMIN SEBELUM INI: Pengutip Sampah Kini Usahawan Berjaya –>

Sebelum ini Saudara Muhamad Azlan Al-Amin telah dikenali sebagai seorang pengutip sampah yang berusaha keras sehingga menjadi seorang jutawan.

Semalam di dalam posting beliau, dengan panjang lebar beliau ada menulis mengapa dan kenapa beliau sanggup datang dari jauh dan sanggup membantu adik Nursahira Mohd Mizuar, 20, yang dijatuhkan hukuman denda RM10,000 dan penjara tiga bulan ke atas seorang pembantu kedai atas kesalahan mengeluarkan komunikasi jelik pada 27 Mac lalu.

MENGAPA SAYA BANTU REMAJA INI…

Anda boleh SHARE tulisan ini bagi memberi gambaran umum terhadap tindakan saya membantu Remaja tersebut. (Nursyahera, Pendang Kedah)

Ok saya akan ceritakan luahan sebenar dari hati nurani saya. Saya tulis dulu pengalaman hidup saya sebelum saya kaitkan dengan remaja perempuan dari Pendang, Kedah ini.

Semestinya, ia bukan tentang salah atau benar apa yang remaja ini lakukan. Bukan juga tentang saya kenal atau tidak dia serta keluarganya.

Yang salah tetap saya katakan salah terutamanya dengan tindakan remaja ini menghina PDRM.

Bahkan, SAYA TIDAK PERNAH BERSETUJU DENGAN TINDAKAN REMAJA ITU ATAU SESIAPA MENGHINA MANA MANA PIHAK. Kita perlu saling menghormati.

Cuma Untuk lebih adil kepada semua pihak, mari kita pergi lebih jauh dari pandangan mata kasar, iaitu :

HAKIKAT SEBENAR SEBUAH KEHIDUPAN!

Disitu, pastinya ada pengajaran serta tauladan kepada remaja itu sendiri dan juga kita mahupun segelintir masyarakat yang lebih cenderung menghukum daripada berusaha untuk membina! “

Muhamad Azlan Al-Amin
Jutawan ‘Pengutip Sampah’
Nursahira Mohd Mizuar, 20, dijatuhkan hukuman denda RM10,000 dan penjara tiga bulan ke atas seorang pembantu kedai atas kesalahan mengeluarkan komunikasi jelik pada 27 Mac lalu | Gambar – Metro

Bermula Dengan Produk Tenusu, Farm Fresh Kini Jual Daging Segar Premium Di AEON –>

PERNAH MISKIN DAN SELALU DIBULI MENYEBABKAN RASA TANGGUJAWAB UNTUK MEMBANTU

Muhammad Azlan di dalam lontaran facebooknya memaklumkan antara sebab tersebut adalah bersangkutan dengan latar belakang serta kisah hidup beliau sebelum ini yang membuatkan beliau mengambil keputusan untuk membantu serta rasa bertanggungjawab.

” Pada malam 31/3/2020 saya terbaca di FB viral seorang remaja perempuan dari Kedah bernama Syahira dijatuhkan hukuman penjara 5 bulan kerana menghina Polis di FB miliknya.”

Pada mulanya beliau tidak ambil kisah dan merasa geram dengan tindakan Nursahira dan berharap ia menjadi pengajaran kepada hidupnya.

Namun apabila beliau membaca baca komen komen yang sangat jelek dari natizen kepada Nursahira, beliau dapati hanya segelintir yang menasihati manakala selebihnya hanya mencaci tanpa ada seorang pun mahu menyelidiki latar belakang hidup remaja ini.

Rahsia Wanita Berpurdah Ini Jadi Jutawan Pada Umur 23 Tahun –>

” Tetiba terkenang zaman kanak kanak dan remaja saya.Hanya kerana kita miskin dan terkhilaf buat kesilapan,kita dicaci juga dibuli hingga dibuang sekolah.Tiada siapa membela,hanya mengecam saja…”

Dengan sebab itu beliau pun mengambil keputusan pada malam tu juga untuk menyemak latar belakang adik Nursahira sebelum membuat keputusan untuk bantu.

Tidak ramai insan seperti Saudara Muhammad Azlan ini yang sanggup bersusah payah sedemian rupa dan semoga apa yang telah diusahakan oleh beliau menjadi dorongan kepada kita untuk membantu orang yang ditimpa musibah serta di dalam kesusahan pada masa hadapan.

Semoga kisah ini memberi pengajaran kepada kita semua dan jika anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut penjelasan Saudara Muhammad Azlan, anda boleh lawati laman facebook beliau melalui posting di bawah ini.

Insyallah..

Sumber: Facebook Muhammad Azlan Al-Amin

COVID-19 SANGAT BERBAHAYA! JOM SEDIAKAN PERLINDUNGAN UNTUK KELUARGA KITA! KLIK UNTUK INFO LANJUT –>