eBAZAAR RAMADHAN PUBI PERAK 2020

PUBI Perak sebagai salah sebuah NGO Usahawan yang prihatin dan aktif di Bandaraya Ipoh melancarkan sebuah program bantu peniaga/penjaja dengan mewujudkan sebuah ‘FB Group’ bagi menghimpunkan peniaga-peniaga bazaar ramadhan dan juga pelanggan-pelanggan yang ingin menempah makanan untuk berbuka puasa sepanjang bulan ramadhan ini.

Memandangkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan berkemungkinan besar akan dilanjutkan maka operasi Bazaar Ramadhan seperti yang berlangsung sebelum ini terpaksa dihentikan.

Melalui usaha ini peniaga-peniaga yang terjejas ekoran peristiwa ini akan dapat menjalankan perniagaan mereka secara COD disamping masyarakat setempat akan dapat menikmati juadah kegemaran mereka untuk berbuka puasa.

Jom Order Menu Pasar Malam Pubi Perak –>

FB Group eBazaar Ramadhan anjuran PUBI Perak ini adalah terbuka kepada semua penduduk di Bandaraya Ipoh dan syarat yang ditetapkan adalah seperti berikut;

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN BAGI PENIAGA;
  1. Terbuka kepada semua Peniaga dan Penjaja di bandaraya Ipoh yang berniaga di Bandaraya Ipoh
  2. Menyediakan makanan yang bersih, segar dan berkualiti.
  3. Mampu menyediakan tempahan dan pengurusan penghantaran dengan baik kepada pelanggan.
  4. Wajib meletak harga dan kawasan penghantaran di dalam setiap iklan yang dipaparkan di dalam fb group eBazaar Ramadahan ini.
  5. Dibenarkan mengambil charge COD yang berpatutan.
SYARAT-SYARAT PEMBELI;
  1. Terbuka kepada semua bakal pembeli dan pembeli di Bandaraya Ipoh.
  2. Sanggup membuat bayaran seperti yang diiklankan oleh Peniaga.
  3. Semua urusan adalah dalam bentuk wang tunai atau online transfer.

Jom Join Group Whatsapp Usahawan PUBI Perak –>

POSTING SELAIN JUALAN MAKANAN SAMA SEKALI TIDAK DIBENARKAN!

Waktu operasi bagi perkhidmatan ini adalah tertakluk kepada waktu yang dibenarkan di dalam peraturan Perintah Kawalan Pergerakan yang ditetapkan oleh Pihak Kerajaan.

Peniaga yang terlibat hendaklah mematuhi segala langkah-langkah keselamatan serta pencegahan penyakit Covid-19 seperti memakai topeng muka, glove, kerap basuh tangan dan sebagainya.

Pihak PUBI Perak tidak akan bertanggungjawab di atas segala kerugian atau risiko yang ditanggung oleh peniaga atau pembeli dan PUBI Perak hanya bertindak sebagai penyedia ‘platfom’ sahaja.

Sekiranya anda mempunyai persoalan bolehlah hubungi Ketua JK Pasar Malam dan Bazaar PUBI Perak, Pn Zalina di talian 011-11680109.

Semoga dengan adanya FB Group eBazaar Ramadhan ini akan dapat memberi manfaat kepada semua serta memberi pendapatan berterusan kepada peniaga-peniaga kecil dan penjaja yang terjejas ekoran ekoran penularan penyakit Covid-19 ini. Insyallah..