TINDAKAN KOMPAUN PEMILIK PREMIS PERNIAGAAN TIDAK KIBAR BENDERA NEGERI PERAK SEMPENA KEPUTERAAN DYMM PADUKA SERI SULTAN PERAK DARUL RIDZUAN

26 OKTOBER 2020 – Semua bangunan dan agensi kerajaan, premis-premis perniagaan serta persendirian di seluruh negeri diwajibkan mengibarkan bendera negeri Perak sempena Hari Keputeraan DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah yang akan disambut pada 6 November 2020.

Pengibaran bendera negeri Perak di premis masing-masing adalah sebagai lambang taat setia kepada Raja Pemerintah.

Untuk menceriakan suasana sambutan, bangunan-bangunan kerajaan dan premis perniagaan digalakkan menyalakan lampu di bangunan masing-masing sehingga pukul 12.00 tengah malam pada malam 5 November 2020.

BACA ARTIKEL SEBELUM INI: Addy Kanna, Leong Yeong Tidak Terlibat Macau Scam: PDRM

Tindakan kompaun akan diambil oleh pihak MBI terhadap pemilik premis perniagaan yang tidak mematuhi arahan mengibarkan bendera negeri Perak di premis masing-masing.

Tindakan kompaun adalah langkah terakhir yang akan diambil oleh MBI setelah usaha menasihati gagal diikuti oleh pemilik premis perniagaan di Bandaraya Ipoh.

MAJLIS BANDARAYA IPOH

Sumber: Facebook Majlis Bandaraya Ipoh