KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK.
Terkini Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd telah membangunkan sebuah projek usahasama bersama syarikat J&T Malaysia Sdn Bhd dengan membuka sebuah Operasi Perkhidmatan Penghantaran Ekspress yang menggunakan jenama J&T Express.
Susulan daripada itu, pada 21hb September 2020 yang lalu, Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd yang diwakili oleh Pengerusi En. Sharul Rahman bersama beberapa Ahli Lembaga Koperasi telah menandatangani perjanjian usahasama tersebut secara rasmi bersama J&T Ekspress Sdn. Bhd. bagi membolehkan pihak koperasi meneruskan pembukaan rasmi sebuah ‘Premium Courier Point’ di sebuah lokasi yang dipersetujui iaitu di Bandar Seri Iskandar Perak.
Setelah termeterai perjanjian tersebut maka operasi renovasi pun bermula pada 7hb Oktober 2020 yang lalu di mana sebuah premis di Taman Maju yang berhadapan Pasaraya Besar Tesco Bandar Seri Iskandar ini telah menjadi pilihan bagi tujuan operasi perkhidmatan ekspress tersebut.
AKTIVITI KOPERASI YANG LALU: Lawatan Ke Bangunan UTC Perak
Proses renovasi yang berjalan pada 7hb Oktober 2020 itu berjalan dengan lancar dan mengikut jadual bermula dengan operasi pembersihan premis, pemasangan partition, pemasangan wiring elektrik, kemasukan bekalan elektrik dan air serta operasi mengecat keseluruhan bangunan tesebut.
Seterusnya pada 16hb Oktober 2020 fasa kedua renovasi pula bermula iaitu pemasangan pintu kaca pejabat, pemasangan penghawa dingin, CCTV dan juga talian UNIFI bagi tujuan pengoperasian yang lancar nanti.
Fasa ketiga pula bermula pada 30hb di mana operasi pemasangan sign board J&T Express di luar bangunan dan juga pemasangan Signage J&T Express di dalam bangunan operasi serta pemasangan papan notis di dinding bangunan termasuk pemasangan sistem network computer dan sistem pengurusan J&T Express dalam talian.
Operasi kemasukan perabot, keperluan dan peralatan pejabat juga bermula dari tarikh yang sama dan segala persiapan berada di peringkat akhir di mana pejabat operasi ini benar-benar bersedia untuk beroperasi pada tarikh pembukaan rasmi yang dirancang iaitu pada 9hb November 2020 yang lalu.
Setelah hampir sebulan operasi renovasi ini berlangsung akhirnya pejabat operasi perkhidmatan penghantaran ekspress ini berjaya dibuka secara rasminya pada 9hb November 2020 yang lalu dan terus mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada penduduk di sekitar kawasan Bandar Seri Iskandar, Tronoh dan juga Bota.
Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd kini berjaya melebarkan sayap perniagaannya di dalam bidang perkhidmatan penghantaran barang dan dokumen di bawah jenama J&T Malaysia setelah segala usaha dapat dipertingkatkan dan hasil usaha gigih Ahli Lembaga Koperasi yang berkhidma dengan ikhlas serta sabar.
Melalui usaha ini juga, pihak KOPUBI Perak Bhd dijangka akan menjana pendapatan yang kosisten serta menguntungkan dan akan memberi pulangan jangka masa panjang kepada peningkatan ekonomi KOPUBI Perak Bhd.
Adalah menjadi harapan kepada Ahli Lembaga Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd untuk terus menjalankan aktiviti ekonomi yang produktif bagi memastikan objektif penubuhan KOPUBI Perak Bhd tercapai dalam tempoh 5 tahun pertama penubuhannya.
Semoga usaha ini memjadi pemangkin kepada masa hadapan yang lebih gemilang dan semoga KOPUBI Perak Bhd menjadi salah sebuah koperasi yang unggul di Negeri Perak dan seterusnya menjadi contoh kepada koperasi lain di negara ini secara amnya.
Insyallah..
KOMEN TERKINI