fbpx
NGO Perak Paling Aktif‎

PEMANDU MABUK LANGGAR ORANG AWAM DAN GERAI DIREMAN LIMA HARI

Gambar : Harian Metro

TERKINI – PEMANDU LANGGAR ORANG AWAM DAN GERAI DIREMAN LIMA HARI

KUALA LUMPUR: Pemandu yang memandu secara melulu sehingga menyebabkan lima individu cedera di kawasan tapak peniaga Bukit Sentosa, Hulu Selangor ditahan reman selama lima hari untuk siasatan.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Fadzil Ahmat, suspek yang berusia 30an itu ditahan reman bermula hari ini sehingga Rabu depan.

Dalam insiden kira-kira 6.30 petang, suspek dipercayai memandu dalam keadaan mabuk hingga mengakibatkan sekurang-kurangnya lima orang awam cedera.

BACA ARTIKEL SEBELUM INI: Pemandu Mabuk Buat Hal Lagi

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Arsad Kamarudin ketika dihubungi Astro Awani berkata, suspek telah menyerang dengan memaki anggota polis yang bertugas di kaunter pertanyaan Balai Polis Bukit Sentosa.

“Suspek turut mengatakan akan melanggar semua orang di Bukit Sentosa sebelum meninggalkan balai polis berkenaan.

“Selang lima minit kemudian lelaki tersebut meluru masuk semula ke Balai Polis Bukit Sentosa bersama beberapa orang awam yang mengejarnya.

“Kesemua lima mangsa yang mengalami kecederaan dilaporkan dalam keadaan stabil,” tambahnya.

Setakat ini polis menerima lima laporan orang awam iaitu peniaga gerai yang mengalami kecederaan serta kerosakan gerai.

Kes sedang disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan, Seksyen 90 Akta Polis 1967 dan Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber: Astro Awani

BLOG POSTS

ALAMAT

No.57B, Susuran Station 18, Station 18 Pasir Puteh, 31650, Ipoh, Perak
Phone: (60) 5-322 3924
Fax: (60) 5-322 3924
Website: http://pubiperak.com
Email: pubiperak@gmail.com

PERINGATAN

Penting: Laman web ini adalah hakmilik PUBI Perak. Sebarang pertanyaan sila hubungi talian hotline PUBI Perak di 011-65683924.
All images are copyrighted to their respective owners.