fbpx
NGO Perak Paling Aktif‎

PEMANDU MABUK BUAT HAL LAGI

TOYOTA Hilux yang dipandu melulu sehingga melanggar dua lelaki di Hulu Selangor, hari ini. FOTO ihsan polis | Sumber Harian Metro

TERKINI – PEMANDU MABUK BUAT HAL LAGI

DUA lelaki cedera selepas dilanggar kenderaan pacuan empat roda Toyota Hilux dipercayai dipandu lelaki mabuk di tapak peniaga di Bukit Sentosa, Hulu Selangor, hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, Datuk Fadzil Ahmat berkata, pihaknya sudah menahan pemandu berusia 30-an itu.

“Dalam kejadian jam 6.30 petang itu, suspek dipercayai memandu dalam keadaan mabuk hingga mengakibatkan dua lelaki cedera.

BACA ARTIKEL SEBELUM INI: Jururawat Maut Kereta Dipandu Bertembung Dengan Pacuan Empat Roda

“Kami sudah menahan suspek kerana didapati memandu kenderaan secara melulu,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, siasatan lanjut berhubung kejadian itu sedang dijalankan.

Terdahulu, terdapat beberapa rakaman video memaparkan beberapa anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan orang awam membaling kayu dan objek ke arah kenderaan itu yang dipandu secara melulu tular di media sosial, hari ini.

Rakaman video itu turut memaparkan kenderaan terbabit merempuh gerai makanan di kawasan terbabit.

Sumber: Harian Metro


BLOG POSTS

ALAMAT

No.57B, Susuran Station 18, Station 18 Pasir Puteh, 31650, Ipoh, Perak
Phone: (60) 5-322 3924
Fax: (60) 5-322 3924
Website: http://pubiperak.com
Email: pubiperak@gmail.com

PERINGATAN

Penting: Laman web ini adalah hakmilik PUBI Perak. Sebarang pertanyaan sila hubungi talian hotline PUBI Perak di 011-65683924.
All images are copyrighted to their respective owners.