SKIM PIRAMID? RAMAI YANG MASIH TERTIPU….

MELAYU TERUTAMANYA SERING MENYERTAI SKIM PIRAMID DAN BERHARAP UNTUK MENJADI KAYA DENGAN CEPAT..

Apa khabar semua? Sehat? Syukur kerana kita masih diberi kekuatan dan kesihatan yang baik olehNya. Dapat kita terus menhirup udara yang nyaman ini. Artikel kali ini, PUBI Perak mahu berkongsi tentang ‘Tipu Helah Perundangan Skim Piramid Atas Nama Produk dan Yuran Ahli’. Baca Lanjut

FAKTA MENARIK TENTANG KWSP UNTUK SURI RUMAH YANG WAJIB ANDA KETAHUI

TAHUKAH ANDA JUMLAH ANGGARAN SIMPANAN KWSP SURIRUMAH PADA 25 TAHUN AKAN DATANG SEKIRANYA MULA MENCARUM TAHUN INI?

Umum mengetahui bahawa Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail merangkap Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) telah mengumumkan pelaksanaan skim simpanan KWSP untuk surirumah dan ianya bakal dilaksanakan tidak lama lagi. Baca Lanjut

DE’XANDRA MEMBUKTIKAN BAHAWA DENGAN SISTEM AGEN KITA BOLEH JADI JUTAWAN

BAGAIMANA DE’XANDRA JALANKAN SISTEM AGENNYA SECARA AUTO UNTUK BOOMKAN SALES SYARIKATNYA

Siapa tidak kenal jenama minyak wangi tempatan iaitu De’Xandra. Produk yang menjadi kegilaan ramai terutamanya orang melayu. Hebat bukan. Pada tahun 2015, negara dikejutkan apabila jualan minyak wangi ini mencatat jualan tertinggi iaitu sebanyak RM4.5 Juta.

Begitulah hebatnya minyak wangi tempatan ini di mana pengasasnya adalah seorang wanita muda berumur 32 tahun iaitu Ernayanee Nur, kini beliau juga adalah CEO kepada syarikatnya sendiri iaitu De’Xantra. Rahsia kejayaan perniagaan beliau adalah sistem agen. Baca Lanjut

TAHNIAH! YB HASNUL ZULKARNAIN BIN ABD MUNAIM

KENYATAAN MEDIA PUBI PERAK DAN KOPUBI PERAK BERHAD BERKAITAN PELANTIKAN YB HASNUL ZULKARNAIN BIN ABD MUNAIM DI ATAS PELANTIKAN SEBAGAI PENGERUSI JAWATANKUASA KOMUNIKASI & MEDIA, NGO DAN KOPERASI KERAJAAN NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN

 

  1. PUBI Perak dan KOPUBI Perak Bhd merakamkan ucapan TAHNIAH kepada YB Hasnul Zulkarnain Bin. Abd Munain yang telah dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa  Pengerusi Komunikasi & Media, NGO & Koperasi Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan.
  2. PUBI Perak dan KOPUBI Perak Bhd dengan ini menyokong penuh pelantikan Yang Berhormat dan sangat berbangga di atas pelantikan ini.
  3. Kami sangat berharap Yang Berhormat dapat meneruskan dasar-dasar kerajaan sebelum ini terutamanya berkaitan dengan pembangunan NGO dan Koperasi serta memberi perhatian yang sangat mengeluruh bagi memastikan NGO dan Koperasi di Negeri Perak khususnya terus maju dan berdaya saing.
  4. Kami juga berharap di bawah pimpinan Yang Berhormat akan membuat penambahbaikan serta mengiktiraf NGO dan Koperasi di Negeri Perak yang bergerak seiring dengan hasrat Kerajaan Negeri memajukan Negeri Perak.
  5. Semoga NGO dan Koperasi di Negeri Perak mendapat manfaat, bantuan serta peruntukkan yang secukupnya dari Jawatankuasa ini termasuklah pemberian Geran Tahunan Kerajaan Negeri, pembiayaan mahupun pinjaman kepada Koperasi.

 

Sekian,

Sharul Baha Bin Abd Rahman

Pengerusi PUBI Perak

23/05/2018