KUNJUNG HORMAT DAN LAWATAN KERJA KE MAJU PERAK HOLDING BERHAD

PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN

Antara usaha yang dijalankan oleh PUBI Perak adalah dengan menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan.

Terkini pada 29hb Disember 2021 yang lalu, Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI) telah mengadakan kunjung hormat dan lawatan kerja ke Maju Perak Holding Berhad yang beroperasi di Bangunan Bazar Ipoh, Medan Gopeng Ipoh Perak.

Pertemuan selama hampir satu jam itu telah berlangsung di Bilik Mesyuarat Utama Pejabat Maju Perak Holding Berhad dan pertemuan ini telah dipengerusikan oleh Tuan Pua Kian Sien selaku Pengurus Besar Maju Holding Berhad.

Baca Lanjut

TAKLIMAT TAKBIR URUS PENGURUSAN PERTUBUHAN DAN SESI DIALOG

PUBI PERAK TELAH DIJEMPUT UNTUK MENGHADIRI TAKLIMAT TAKBIR URUS PENGURUSAN PERTUBUHAN DAN SESI DIALOG BERSAMA YB HASNUL ZULKARNAIN SELAKU EXCO MULTIMEDIA, KOMUNIKASI DAN NGO KERAJAAN NEGERI PERAK.

Pada 6hb Oktober 2018 yang lalu telah berlangsung Taklimat Takbir Urus Pengurusan Pertubuhan dan Sesi Dialog Bersama YB Hasnul Zulkarnain Abd Munaim selaku Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Media dan NGO bersama Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia. Baca Lanjut

KUNJUNGAN HORMAT PUBI PERAK KE PEJABAT YB HASNUL ZULKARNAIN

YB HASNUL ZULKARNAIN SELAKU PENGERUSI JAWATANKUASA KOMUNIKASI, MEDIA, NGO & PEMBANGUNAN KOPERASI MENERIMA BAIK KUNJUGAN HORMAT DELIGRASI AJK PUBI PERAK

Hari ini, 31hb Mei 2018 adalah hari yang sangat bersejarah buat PUBI Perak kerana telah berjaya mengadakan perjumpaan rasmi dengan Exco Kerajaan Negeri Perak iaitu YB Hasnul Zulkarnain selaku Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Media, NGO & Pembangunan Koperasi di Pejabat beliau di Bangunan SUK Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan. Baca Lanjut

TAHNIAH! YB HASNUL ZULKARNAIN BIN ABD MUNAIM

KENYATAAN MEDIA PUBI PERAK DAN KOPUBI PERAK BERHAD BERKAITAN PELANTIKAN YB HASNUL ZULKARNAIN BIN ABD MUNAIM DI ATAS PELANTIKAN SEBAGAI PENGERUSI JAWATANKUASA KOMUNIKASI & MEDIA, NGO DAN KOPERASI KERAJAAN NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN

 

  1. PUBI Perak dan KOPUBI Perak Bhd merakamkan ucapan TAHNIAH kepada YB Hasnul Zulkarnain Bin. Abd Munain yang telah dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa  Pengerusi Komunikasi & Media, NGO & Koperasi Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan.
  2. PUBI Perak dan KOPUBI Perak Bhd dengan ini menyokong penuh pelantikan Yang Berhormat dan sangat berbangga di atas pelantikan ini.
  3. Kami sangat berharap Yang Berhormat dapat meneruskan dasar-dasar kerajaan sebelum ini terutamanya berkaitan dengan pembangunan NGO dan Koperasi serta memberi perhatian yang sangat mengeluruh bagi memastikan NGO dan Koperasi di Negeri Perak khususnya terus maju dan berdaya saing.
  4. Kami juga berharap di bawah pimpinan Yang Berhormat akan membuat penambahbaikan serta mengiktiraf NGO dan Koperasi di Negeri Perak yang bergerak seiring dengan hasrat Kerajaan Negeri memajukan Negeri Perak.
  5. Semoga NGO dan Koperasi di Negeri Perak mendapat manfaat, bantuan serta peruntukkan yang secukupnya dari Jawatankuasa ini termasuklah pemberian Geran Tahunan Kerajaan Negeri, pembiayaan mahupun pinjaman kepada Koperasi.

 

Sekian,

Sharul Baha Bin Abd Rahman

Pengerusi PUBI Perak

23/05/2018