PROGRAM SAYANGI RUMAHKU 2022: MOHON BANTUAN BAIKPULIH RUMAH UZUR

INFO: PERMOHONAN BANTUAN PROGRAM SAYANGI RUMAHKU 2022

Orang awam di negeri Perak yang ingin memohon bantuan baik pulih atau bina baru rumah boleh memohon melalui Program Sayangi Rumahku 2022 di bawah Yayasan Perak.

Program Sayangi Rumahku ini dilaksanakan bertujuan untuk membantu golongan miskin dan miskin tegar di Negeri Perak dengan menyediakan kemudahan asas dan kediaman yang selesa tanpa mengira latar belakang mereka.

Bantuan baik pulih dan bina baharu rumah yang mengalami kerosakan rumah dan rumah yang telah uzur kini ditawarkan bagi pemohon yang layak.

Di sini kami kongsikan info lanjut tentang syarat, cara permohonan untuk makluman bersama.

Baca Lanjut

PUTEK: PROGRAM PEMBANGUNAN USAHAWAN TEKNIKAL SEHINGGA RM500,000

PUTEK: PROGRAM PEMBANGUNAN USAHAWAN TEKNIKAL SEHINGGA RM500,000

Generasi muda yang ingin memulakan perniagaan dalam bidang teknikal boleh membuat permohonan pembiayaan Program Pembangunan Usahawan Teknikal (PUTEK).

PUTEK merupakan salah satu inisiatif yang diumumkan oleh kerajaan menerusi Belanjawan 2022 yang menawarkan kemudahan pembiayaan kepada generasi muda untuk memulakan perniagaan dalam bidang teknikal yang berasaskan kepada kemahiran yang dimiliki.

Program ini dilaksanakan oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan sehingga 31 Mac 2022 sahaja, sebanyak RM548,000 telah disalurkan kepada usahawan teknikal MARA menerusi program ini.

Permohonan program ini masih dibuka dan tarikh tutup permohonan adalah pada 31 Disember 2022.

Baca Lanjut

KUNJUNG HORMAT DAN LAWATAN KERJA KE MAJU PERAK HOLDING BERHAD

PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN

Antara usaha yang dijalankan oleh PUBI Perak adalah dengan menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan.

Terkini pada 29hb Disember 2021 yang lalu, Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI) telah mengadakan kunjung hormat dan lawatan kerja ke Maju Perak Holding Berhad yang beroperasi di Bangunan Bazar Ipoh, Medan Gopeng Ipoh Perak.

Pertemuan selama hampir satu jam itu telah berlangsung di Bilik Mesyuarat Utama Pejabat Maju Perak Holding Berhad dan pertemuan ini telah dipengerusikan oleh Tuan Pua Kian Sien selaku Pengurus Besar Maju Holding Berhad.

Baca Lanjut

SETINGGI-TINGGI TAHNIAH YB DATO’ ZAINOL FADZI

SETINGGI-TINGGI TAHNIAH

KUMPULAN PUBI yang terdiri daripada Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh (PUBI), Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd. (KOPUBI) dan Kelab Belia Pemacu Usahawan Bandar Ipoh (KBPUBI) ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi TAHNIAH kepada Yang Berhormat Dato’ Zainol Fadzi Bin Hj. Paharudin di atas pelantikan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Kerajaan Negeri Perak.

Semoga Yang Berhormat Dato’ meneruskan agenda membantu rakyat di Negeri Perak dan terus memperjuangkan nasib rakyat terutamanya golongan usahawan, bakal usahawan belia serta menyokong gerakan koperasi di Negeri Perak ini.

Daripada,
Ahli Jawatankuasa, Ahli Lembaga & Anggota Kabinet Kumpulan PUBI