BAGAIMANA DE’XANDRA JALANKAN SISTEM AGENNYA SECARA AUTO UNTUK BOOMKAN SALES SYARIKATNYA
Siapa tidak kenal jenama minyak wangi tempatan iaitu De’Xandra. Produk yang menjadi kegilaan ramai terutamanya orang melayu. Hebat bukan. Pada tahun 2015, negara dikejutkan apabila jualan minyak wangi ini mencatat jualan tertinggi iaitu sebanyak RM4.5 Juta.
Begitulah hebatnya minyak wangi tempatan ini di mana pengasasnya adalah seorang wanita muda berumur 32 tahun iaitu Ernayanee Nur, kini beliau juga adalah CEO kepada syarikatnya sendiri iaitu De’Xantra. Rahsia kejayaan perniagaan beliau adalah sistem agen.
Erna bukan baru lagi dalam berniaga. Beliau sudah mula menceburkan diri dalam dunia bisnes sejak zaman sekolah lagi. Sampai masuk ke universiti pun, Erna masih lagi hendak berniaga. Pada waktu itu, Erna menjalankan bisnes MLM. Tetapi mendapat bantahan daripada ibunya sendiri maka ia agak sukar ketika itu.
Akhirnya, pada tahun 2009 Erna mengambil keputusan untuk berhenti dari bisnes MLM kerana beliau telah bangkrap akibat menanggung hutang yang banyak dan tidak mampu membayar.
Maka bermulalah episod baru dalam hidup beliau dan segala-galanya bermula dari kosong, untuk meneruskan hidup beliau melakukan kerja-kerja part time seperti pembantu rumah, jadi penyanyi dangdut majlis orang kahwin, menjadi driver bas kilang, tetapi beliau mengambil keputusan untuk berhenti makan gaji dan ingin berniaga kembali kerana dorongan diri sendiri yang kuat untuk berjaya di dalam perniagaan.
Pada tahun 2010, Erna mula menjual Brooch pada kawan-kawan dan saudara-mara. Pada mula hanya menjual secara offline, tetapi selepas terinspirasi dengan kejayaan Irfan Khairi maka Erna mula berjinak-jinak untuk belajar cara berniaga online.
Erna juga pernah memgikuti seminar Dr. Azizan Osman yang meminta beliau untuk fokus menjual satu produk sahaja. Nasihat Dr. Azizan bahawa kalau hendak berniaga, tak perlulah menjual banyak-banyak produk. Hanya perlu fokus kepada satu produk dan lebihkan perancangan untuk pemasaran.
Erna dinasihatkan supaya menjadi pakar untuk satu produk yang ekslusif. dan dari situ beliau teleh memilih untuk fokus menjual perfume, tetapi masih mengekalkan perniagaan secara retails, wholesales & dropship.
Tidak lama kemudian, Erna mula belajar dgn SifuFBads untuk menambah nilai dalam ilmu marketing dan beberapa orang lagi pemilik-pemilik perniagaan lain sepertt Abg Junaidy & Kak Anis (Anis Choc Moist Cake).
Baca juga artikel: 11 Kesilapan Ini Selalu Dilakukan Usahawan Yang Baru Berniaga →Kenapa beliau pilih nak jual perfume?
Erna bekata,
Perfume ni bukan trend, sentiasa ada permintaan sbb semua org sukakan wangi. Margin untung juga tinggi. Dulu masa jual jubah, tudung.. trend fesyen sgt cepat berubah. Jadi, saya kene cepat2 jual stok sebelum trend fesyen berubah.
Dari mana Erna mendapat idea untuk membuat perfume sendiri?
Beliau sudah mula menjual perfume sejak dari tahun 2010 lagi, iaitu Perfume dari US, UK perfume original, inspired perfume, original reject perfume dan lain-lain dan Erna juga banyak membuat trading perfume.
Dan pada satu hari, ada seorang wanita PM Erna, “Salam Kak Erna, boleh tak saya kerja dgn akak?”
Baca juga artikel: 5 Perkara Yang Anda Perlu Buat Setiap Hari Untuk Kekal Motivasi →Masa tu, Erna takde kedai pun. Hanya jual secara online je. Jadi, beliau offer pada wanita tersebut utk jual perfume tu & dpt komisyen, iaitu jadi ejen dropship. Bermula dari situ, ramai org mula tanya cara nak jadi ejen, dan beliau decide buka program dropship.
Sejarah Perkembangan Perniagaan De’Xandra
Pada tahun 2011.
Sistem website pertama oshien2u.com dibuka. Pada waktu itu, semua pembelian di web dan masih menggunakan whatsapp sebagai medium check stock. Waktu ini masih mengekalkan konsep variasi produk.
Tapi, segala tools marketing supplier tak sediakan. Semuanya Erna buat sendiri. Jadi, utk bantu ejen2 beliau, Erna buat sistem order, website & segala tools marketing hanya utk ejen beliau.
Pada tahun 2013.
Bulan 9, Erna bina 1 lagi website oshien2u.my utk memudahkan lagi sistem syarikat dan ejen beroperasi. Dan beliau mula fokus kepada dropship dan wholesale sahaja.
Tahun 2015.
Pada bulan 3, Erna mula membuat produk sendiri yang dikenali sebagai De’Xandra. Disebabkan produk dari supplier tidak dapat mencukupi permintaan pelanggannya. Akhirnya, Erna mula serius dengan brand De’Xandra dan mengambil keputusan untuk menjadikan produk De’Xandra sebagai salah satu produk KEGUNAAN RAKYAT MALAYSIA degan kualiti yang terbaik!
Dari hasil jualan yang memberangsangkan, Erna mengorak langkah dengan membuka satu HQ De’Xandra yang lebih menarik dan berdaya saing. Dengan simpanan perniagaan yang ada, beliau mula menyewa 3 tingkat kedai di Bangi Central untuk kerja-kerja pengeluaran.
Menurut Erna lagi,
Selama dua tahun meniaga minyak wangi, saya dapat membaca apa yang pengguna mahukan. Ada lima faktor iaitu murah, tahan lama, original, senang dibawa dan mesra solat. Atas faktor itu, saya mengeluarkan minyak wangi jenama sendiri, De’Xandra. Bayangkan kalau saya berputus asa. Mesti saya tidak dapat apa yang saya rasai hari ini.
Sementara itu, ibu kepada seorang anak itu menjelaskan, beliau sedang berusaha untuk memasuki pasaran Indonesia, Vietnam, Singapura, Brunei, Perancis dan Jepun dan mensasarkan jualan sebanyak 1 juta botol minyak wangi setahun.
Baca juga artikel: Tips Hebat Berniaga Di Bulan Ramadhan Mengikut Syarak →
TIPS BAGAIMANA ERNA MENCARI EJEN DAN MENGEMBANGKANNYA
1) Menggunakan FB ads untuk mencari agen.
Kebiasannya, owner produk akan menggunakan ayat seperti “AGEN DIPERLUKAN” atau “AGENT WANTED!” untuk mendapatkan agen. Selepas mendapat tunjuk ajar dari Sifu Jamal, Erna gunakan ayat berbeza.
Contoh ayat yang beliau gunakan adalah;
- “KAMI INGIN BANTU ANDA YG INGIN MENJANA INCOME DGN MODAL YG RENDAH”
- “SIAPA SINI YG INGIN DIBANTU MEMBINA PERNIAGAAN DGN KOS RENDAH?”
Proses seterusnya selepas mendapat agen yang ramai, Erna mengajar pula ejen/stokis tersebut menggunakan fb ads. sekarang, beliau sudah tidak perlu membuat fb ads lagi kerana semuanya dibuat oleh agen-agennya mahupun stokis.
2) Memberi margin keutungan yang tinggi.
Itulah yang Erna tawarkan iaitu memberikan margin keuntungan yang sangat tinggi kepada agen.
Contohnya, untuk stokis; margin keuntungan adalah di antara 50% – 70%. Syarikat pula hanya ambil 50% – 30% sahaja keuntungan. Jadi siapa yang lagi untung? Tentulah agen, kan? Itulah faktor yang membuatkan ramai orang berebut-rebut hendak menjadi agen beliau.
3) De’Xandra ada sistem auto untuk kawal agen & stokisnya.
Jika ada agen yang tidak aktif atau tidak membuat pembelian selama 3 bulan berturut-turut, maka nama mereka akan di’terminate’ secara automatik. Bukan manual, tapi secara AUTOMATIK. Canggih betul sistemnya! Kerja monitor sudah menjadi lebih mudah dan pantas. Tak perlulah hendak semak satu persatu.
Apa kelebihannya sistem ni? Terlalu banyak! Antaranya dapat elakkan agen atau stokis yang main harga dan tumpang untuk dapatkan harga murah. Dari situ, Erna dapat lihat agen atau stokis mana yang paling berkualiti dan banyak bantu syarikat.
Wow.. hebat, kan? Bukan mudah nak bina sistem agen begini. Sekarang ini, syarikat De’Xandra sudah mempunyai lebih dari 1,000 orang agen dan 35 stokis yang AKTIF di seluruh negara.
Sebagai pengasas produk, fokus utama adalah utk membantu agen atau stokis menjana pemdapatan yang banyak serta membantu hidup mereka yang ingin berubah menjadi lebih baik. Bukan hanya untuk wang semata-mata.
Hubungan di antara pengasa produk dan agen atau stokis perlulah baik. Barulah perniagaan dapat berjalan dengan lancar dan laju. Itulah yang Erna buat di dalam syarikat De’Xandra. Sentiasa beri motivasi dan support pada agen atau stokis beliau.
Itulah rahsianya.
Semoga Artikel ini menjadi inspirasi dan manfaat kepada semua pembaca laman web PUBI Perak. Insyallah..
Sumber Rujukan: Sifu FB ads dan Sinar
Baca juga artikel: 10 Nasihat Tun M Kepada Usahawan Bumiputera Malaysia →
KOMEN TERKINI