PERNAH BUKA 30 STESEN SHELL DI INDIA, INI KISAH ‘BIG BOSS SHELL’ YANG RAMAI TIDAK TAHU

KISAH KEJAYAAN – PERNAH BUKA 30 STESEN SHELL DI INDIA, INI KISAH ‘BIG BOSS SHELL’ YANG RAMAI TIDAK TAHU

Semalam tular ‘big boss’ Shell Malaysia yang dilaporkan turun padang bagi bertemu sendiri dengan pelajar yang dirakam memakai baju Shell ketika hadir mengambil keputusan SPM baru-baru ini.

Mungkin ramai yang masih tidak tahu ‘big boss’ Shell atau nama sebenarnya Shairan Huzani Husain itu adalah merupakan Pengarah Urusan Shell Malaysia sejak daripada 2016.

Dalam satu perkongsian Careta.my walaupun baru menjawat jawatan tinggi itu lima tahun yang lalu, dia bagaimanapun sudah bekerja dengan Shell sejak tahun 1993 lagi.

Baca Lanjut

SIAPA SANGKA, RAMLY BURGER KINI SEBUAH SYARIKAT BERNILAI RM1 BILLION

Kredit Photo : Berita Harian Online

INFO – SIAPA SANGKA, RAMLY BURGER KINI SEBUAH SYARIKAT BERNILAI RM1 BILLION

KUALA LUMPUR: Kumpulan Ramly (Ramly) atau popular dengan nama Ramly Burger iaitu pengusaha perniagaan daging sejuk beku dan burger, menyasar peningkatan pendapatan sebanyak 20 peratus kepada RM1.2 bilion pada tahun ini berbanding RM1 bilion pada 2019.

Pengarah Urusannya, Datuk Dr Ramly Mokni, berkata sasaran itu berdasarkan kepada permulaan operasi kemudahan barunya di Selangor Halal Hub, Pulau Indah, Selangor pada Jun ini yang mampu meningkatkan penghasilan produk sebanyak enam kali ganda.

Beliau berkata, kemudahan berprestasi tinggi dan terbesar di rantau ini bakal menghasilkan produk burger, frankfurter, nugget dan meatball dengan lebih banyak dan cepat iaitu pada kadar 5 tan sejam bagi setiap satu produk untuk fasa pertama.

Baca Lanjut

KISAH KEJAYAAN PENGASAS AL-IKHSAN

BISNES – KISAH KEJAYAAN PENGASAS AL-IKHSAN

‘SALAH SEBUAH SYARIKAT PAKAIAN SUKAN BERJENAMA YANG TERBESAR DI MALAYSIA!’

Tuan Haji Ali bukan berasal dari keluarga yang berlatar belakangkan perniagaan. Didikan ibu bapa beliau yg membentuk peribadi anak bongsu daripada 8 beradik ini. Sekitar usianya 17 tahun, masanya banyak dihabiskan dengan bermain bola, dan habis duduk melepak depan rumah dengan kawan-kawannya.

Kerap-kali beliau ditegur bapanya supaya cepat mandi dan solat Maghrib. Sekali buat, ditegur, kali kedua buat, ditegur baik lagi, kali ketiga beliau ulangi, ayahnya halau beliau dari rumah. Ya, dihalau rumah kerana nakal tak berubah menjaga solat awal waktu.

Sebulan Tuan Hai Ali berkelana dari satu rumah kawan ke rumah kawan yg lain, menumpang tidur. Setelah sebulan, beliau sendiri yang balik ke rumah, bapanya tidak langsung mencarinya. Bapanya menyampaikan satu mesej bahawa dia sayangkan Allah lebih dari sayang anaknya.

Baca Lanjut

PASARAYA KU: DARI PASAR MALAM KEPADA SEBUAH SYARIKAT GERGASI DI MALAYSIA

SIAPA SANGKA BERMULA DENGAN PERNIAGAAN DI PASAR MALAM SECARA KECIL-KECILAN, KEDAI PAKAIAN DAN BARANG KEPERLUAN ‘PASARAYA KU’ KINI MEMILIKI HAMPIR 74 CAWANGAN DI SELURUH MALAYSIA DAN KINI TELAH MEMASUKI PASARAN INDONESIA.

Pasaraya Ku adalah sebuah gedung pakaian yang menjadi pilihan rakyat Malaysia kerana terkenal dengan harganya yang murah serta berpatutan. Gedung ini sangat popular dan sering dikunjungi oleh masyarakat kita terutamanya golongan yang berpendapatan sederhana. Pada tahun 2016, gedung pakaian ini telah menerima anugerah ‘Kedai Harga Patut’ oleh KPDNKK kategori kedai pakaian. Baca Lanjut