AKTIVITI ZIARAH KASIH JK KEBAJIKAN & KEROHANIAN PUBI PERAK

DALAM USAHA MEMBANTU USAHAWAN DENGAN AKTIVITI-AKTIVITI PEMASARAN DAN KEUSAHAWAN, PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH TIDAK MELUPAKAN GOLONGAN YANG MEMERLUKAN.

Terkini pada 29hb Disember 2019 yang lalu, JK Kebajikan & Kerohanian yang diketuai oleh Pn Norhuda Abd Razak serta AJK PUBI Perak telah mengadakan Program Ziarah Kasih JK Kebajikan & Kerohanian dengan melawat Pakcik Azmay Bin Jamail yang dikhabarkan menetap di sebuah ‘pondok’ usang di Rapat Jaya Tambahan, Ipoh Perak.

Pakcik Azmay yang berumur 67 tahun tinggal di rumah tersebut bersama dengan tujuh orang anak mereka di mana lima orang masih bersekolah dan dua anak lagi masih kecil.

Difahamkan, Pakcik Azmay mencari rezeki seharian untuk menampung keperluan keluarganya dengan mencari barangan terbuang untuk dijual manakala isteri beliau, Kak Lily yang berumur 40 tahun pula menjual kuih muih setiap pagi di kawasan tempat tinggal mereka ini.

Baca Lanjut

PROGRAM RIADAH BERSAMA ANAK YATIM DAN ASNAF

DALAM USAHA MEMBANTU USAHAWAN DENGAN AKTIVITI-AKTIVITI KEUSAHAWAN, PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH TIDAK MELUPAKAN GOLONGAN YANG MEMERLUKAN

Terkini, pada 24hb Ogos 2019 yang lalu, PUBI Perak melalui JK Kebajikan dan Kerohanian telah mengadakan sebuah program riadah bersama anak-anak yatim dan asnaf iaitu berupa lawatan ke Zoo Taiping dan Galeri Sultan Azlan Shah Kuala Kangsar disamping beberapa aktiviti lain.

Baca Lanjut

AKAN BERLANGSUNG MAJLIS IFTAR DAN PENYERAHAN SUMBANGAN HARI RAYA PUBI PERAK

BERSEMPENA DENGAN BULAN RAMADHAN YANG SANGAT MULIA INI PUBI PERAK MENERUSI PROGRAM TUNAS HARAPAN 2019 AKAN MEMBANTU SEBUAH PUSAT JAGAAN ANAK-ANAK YATIM DAN MISKIN DI KAMPUNG MANJOI, IPOH PERAK.

Seperti tahun lepas, PUBI Perak selaku Persatuan Usahawan dan NGO Perak paling aktif di Bandaraya Ipoh sekali lagi menganjurkan sebuah program amal bagi meraikan anak-anak yatim dan miskin serta menyumbangkan sumbangan hari raya aidil fitri berupa wang tunai kepada pusat kebajikan ini serta menyerahkan duit raya kepada hampir 30 orang anak-anak yatim dan miskin yang menetap di rumah kebajikan ini.

Baca Lanjut

PROGRAM TUNAS HARAPAN PUBI PERAK 2019

PENGERUSI PUBI PERAK KOMITED LANCARKAN PROGRAM TUNAS HARAPAN 2019 PUBI PERAK.

Bersempena dengan Bulan Ramadhan yang sangat mulia ini. PUBI Perak menerusi Program TUNAS HARAPAN 2019 akan membantu sebuah Pusat Jagaan Anak-anak Yatim dan Miskin iaitu Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim & Miskin Ar-Ridwani Ipoh Perak di Kampung Manjoi, Perak.

Baca Lanjut