FORMULA MENJADI USAHAWAN BERJAYA DARI NEELOFA

SETIAP TAHUN LANGKAHNYA SEMAKIN MELEBAR

Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Binti Mohd Noor adalah seorang wanita bukan sahaja berjaya disebabkan oleh bakat beliau di dalam bidang seni tetapi beliau juga telah dilabel sebagai usahawanita dan ahli korporat yang sangat berjaya di Malaysia.

Neelofa juga menjadii selibriti Malaysia yang mempunyai pengikut teramai di Instagram iaitu hampir 5.4 juta orang. Bukan setakat itu sahaja, pada usia yang sangat muda juga beliau sudah bergelar jutawan dan Majalah Forbes Asia dan Swarovski meletaknya sebagai antara individu yang berjaya, disegani serta berpengaruh di Asia. Baca Lanjut

PROGRAM TERKINI PUBI PERAK

Program Terkini PUBI Perak!

Untuk makluman semua PUBI Perak akan menganjurkan 2 program dalam masa terdekat ini iaitu pada hari sabtu dan ahad ini iaitu masing-masing pada 21hb April 2018 dan 22hb April 2018.

Program tersebut adalah Bengkel Kecantikan dan Penyelesaian Masalah Kulit yang akan berlangsung pada 21hb April manakala satu lagi program adalah Bengkel Keusahawanan; “Buat Duit Dengan Bisnes Online” yang akan dijadualkan berlangsung pada hari berikutnya iaitu 22hb April 2018. Baca Lanjut