PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN
Antara usaha yang dijalankan oleh PUBI Perak adalah dengan menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan.
Terkini pada pada 27hb Julai 2019 yang lalu, telah berlangsung dengan jayanya di Institut Latihan Penjawat Awam (ILPA), Jalan Raja Di Hilir Ipoh Perak, sebuah kursus usahawan yang berimpak tinggi iaitu Hari Terbuka Usahawanita PUBI Perak.
Untuk makluman semua, program ini adalah anjuran JK Pembangunan Wanita PUBI Perak yang telah diketuai oleh Pn Zuraida Zulkepli.
Objektif utama program ini adalah untuk menyampaian manfaat serta kebaikan yang ditawarkan oleh PUBI Perak disamping kita memberi maklumat tentang kelebihan yang akan kita perelohi apabila kita bepersatuan dan duduk di dalam satu kumpulan usahawan yang hebat.
Dalam program ini juga para peserta telah bertukar-tukar pendapat serta mendapat kenalan yang baharu disamping membina network untuk perniagaan mereka.
Dalam masa yang sama juga peserta yang hadir telah diberi pendedahan tentang info-info terkini berkaitan aktiviti dan program-program anjuran PUBI Perak terutamanya JK Pembangunan Wanita PUBI Perak.
Untuk makluman semua juga, PUBI Perak ada menubuhkan sebuah koperasi dan sesi penerangan tentang manfaat keanggotaan koperasi telah dijalankan pada program ini dan membuka peluang yang ditawarkan oleh Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd.
Program hari ini telah mendapat sambutan yang sangat hebat dan telah dihadiri oleh Yang Berbahagia En Ismail Bin Jamal selaku pagawai khas kepada Yang Berhormat Hasnul Zulkarnain Bin Abd Munaim. Turut hadir pada Program ini adalah Pengerusi PUBI Perak iaitu En. Sharul dan Naib Pengerusi En. Mohd Fhami.
PUBI Perak juga telah menjemput Pengasas kepada produk kecantikkan Folio Essence iaitu Puan Lina Hanif atau lebih dikenali sebagai ‘Kak L’ untuk membuat sharing berkaitan testimoni keahlian PUBI Perak dan sharing motivasi serta perkongsian pengalaman.
Alhamdulillah, program yang sangat padat ini sangat berjaya dan memberi impak tersendiri kepada peserta-peserta yang hadir.
PUBI Perak sebagai sebuah Persatuan Usahawan yang prihatin akan meneruskan usaha-usaha yang dilakukan bagi membangunkan usahawan dan bakal usahawan di Bandaraya Ipoh ini secara khususnya dan di seluruh negeri Perak secara amnya.
Semoga PUBI Perak terus maju dan berdaya saing sebagai sebuah Persatuan Usahawan yang prihatin, berinovatif serta menjadi NGO Perak yang disegani pada masa akan datang. Insyallah..
Insyallah..
Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak adalah sebuah persatuan usahawan dan NGO Perak yang aktif di Bandaraya Ipoh. Persatuan yang berdaya saing ini sedang giat membantu masyarakat terutamanya golongan usahawan dengan menjalankan banyak aktiviti keusahawan, latihan serta kursus usahawan.
Zuraida Zulkepli
Ketua JK Pembangunan Wanita PUBI Perak
KOMEN TERKINI