PERSATUAN USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK (PUBI PERAK) MELALUI JK KEBAJIKAN & KEROHANIAN AKAN MENGANJURKAN SEBUAH PROGRAM RIADAH BERSAMA ANAK-ANAK YATIM DAN ASNAF.

Walaupun sibuk dengan usaha-usaha murni membangun dan membantu usahawan, PUBI Perak selaku Persatuan Usahawan dan NGO Perak yang aktif di Bandaraya Ipoh tidak mengabaikan golongan yang memerlukan.

Terkini PUBI Perak akan menganjurkan sebuah program amal di mana seramai 35 orang anak yatim dan miskin di bawah kendalian Pertubuhan Rumah Perlindungan Kebajikan Sosial Mutiara Kasih Perak termasuk pengasuh mereka telah dipilih untuk mengikuti program riadah dan santai.

Aktiviti yang dirancang ini adalah berupa Aktiviti Lawatan sambil belajar ke Zoo Taiping dan Lawatan ke Galeri Sulan Azlan Shah, Kuala Kangsar Perak.

Antara objektif penganjuran program ini adalah untuk menghibur serta meraikan anak-anak yatim & asnaf yang terpilih ini memandangkan mereka tersisih dari masyarakat dan jarang sekali diberi perhatian yang sewajarnya. 


Maklumat program yang dirancang ini adalah seperti berikut:

Tarikh : 24 Ogos 2019 (Sabtu)
Masa : Sepanjang hari
Aktiviti yang dirancang : Lawatan ke Zoo Taiping dan Galeri Sultan Azlan Shah, Kuala Kangsar

Untuk makluman semua, ini adalah program kedua yang dianjurkan PUBI Perak, di mana pada tahun lepas JK Kebajikan & Kerohanian PUBI Perak telah menganjurkan program yang sama dan mendapat maklum balas yang baik dari segenap masyarakat.

Program ini juga akan melibatkan anak-anak yatim dan ibu tunggal di kalangan Ahli Berdaftar PUBI Perak.


Poster Program Riadah Bersama Anak-anak Yatim & Asnaf

Sehubungan dengan itu, JK Kebajikan & Kerohanian PUBI Perak ini ingin memohon sumbangan orang ramai untuk menampung kos bagi program ini yang dianggarkan dalam lingkungan RM4,000. Ini termasuklah untuk kos pengangkutan menyewa sebuah bas, makan dan minum anak-anak yatim & asnaf sepanjang program serta tiket masuk ke Zoo Taiping dan Galeri Sultan Azlan Shah di Kuala Kangsar Perak.

Di samping itu PUBI Perak juga sedang mengumpul dana untuk Tabung Kasih PUBI Perak yang mana tabung ini akan digunakan untuk aktiviti-aktiviti amal PUBI Perak pada masa hadapan.

Sumbangan / Derma / Tajaan dalam bentuk wang tunai boleh disalurkan terus ke akaun PERSATUAN USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK : 5582 7500 8858 (Maybank) dan nyatakan “Proram Anak Yatim” pada maklumat bayaran.

Untuk sebarang pertanyaan berkaitan tajaan atau sumbangan, boleh berhubung dengan penyelaras program iaitu Tn. Adzman di nombor 019-6581176 /www.wasap.my/60196581176

Sumbangan / Derma / Tajaan ikhlas anda yang perihatin serta murah hati, sangat kami hargai demi meraikan golongan yang kurang bernasib baik ini. Insyallah..


PUBI Perak sebagai sebuah Persatuan Usahawan yang prihatin akan meneruskan usaha-usaha yang dilakukan bagi membangunkan usahawan dan bakal usahawan di Bandaraya Ipoh ini secara khususnya dan di seluruh negeri Perak secara amnya.

Semoga PUBI Perak terus maju dan berdaya saing sebagai sebuah Persatuan Usahawan yang prihatin, berinovatif serta menjadi NGO Perak yang disegani pada masa akan datang.


Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak adalah sebuah persatuan usahawan dan NGO Perak yang aktif di Bandaraya Ipoh. Persatuan yang berdaya saing ini sedang giat membantu masyarakat terutamanya golongan usahawan dengan menjalankan banyak aktiviti keusahawan, latihan serta kursus usahawan.

Norhuda Abd Razak
Ketua JK Kebajikan & Kerohanian PUBI Perak