
PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG PALING AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA UNTUK MENJALINKAN KERJASAMA STRATEGIK DI ANTARA AGENSI KERAJAAN MAHUPUN SWASTA
Pada 17hb Julai 2019 yang lalu, Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI Perak) telah mengadakan kunjungan hormat ke Yayasan Perak untuk bertemu dengan Pengurus Besar Yayasan Perak iaitu Tuan Haji Muhammad Yusoff Bin Abustan serta kakitangan Yayasan Perak bahagian Pembangunan Usahawan.
Mewakili PUBI Perak adalah Pengerusi PUBI Perak En. Sharul dan Naib Pengerusi En Mohd Fhami.
Tujuan utama kunjugan hormat ini adalah untuk memperkenalkan PUBI Perak serta peranan yang dimainkan untuk membantu serta membangunkan usahawan di Negeri Perak ini.
Disamping itu Pengerusi PUBI Perak juga mengambil kesempatan untuk memperkenalkan kepada Pihak Yayasan Perak tentang sebuah Koperasi yang telah ditubuhkan di bawah PUBI Perak iaitu Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd.
Alhamdulillah, PUBI Perak telah mendapat maklumbalas serta sambutan yang sangat baik dari Pihak Yayasan Perak dan semoga dengan perjumpaan ini akan menghasilkan sebuah kerjasama yang lebih erat dan dinamik di antara kedua buah entiti ini.
PUBI Perak sebagai sebuah Persatuan Usahawan yang prihatin akan meneruskan usaha-usaha yang dilakukan bagi membangunkan usahawan dan bakal usahawan di Bandaraya Ipoh ini secara khususnya dan di seluruh negeri Perak secara amnya.
Semoga PUBI Perak terus maju dan berdaya saing sebagai sebuah Persatuan Usahawan yang prihatin, berinovatif serta menjadi NGO Perak yang disegani pada masa akan datang. Insyallah..
Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak adalah sebuah persatuan usahawan dan NGO Perak yang aktif di Bandaraya Ipoh. Persatuan yang berdaya saing ini sedang giat membantu masyarakat terutamanya golongan usahawan dengan menjalankan banyak aktiviti keusahawan, latihan serta kursus usahawan.
Mohd Fhami Mohamed Nordin
Timbalan Pengerusi PUBI Perak
KOMEN TERKINI