PUBI PERAK SEBAGAI SALAH SEBUAH PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG BERDAYA SAING SENTIASA MEMBERI SOKONGAN KEPADA SEGALA AKTIVITI KEUSAHAWAN YANG DIANJURKAN OLEH PIHAK KERAJAAN.

Terkini pada 25hb Julai 2019 yang lalu, PUBI Perak selaku Persatuan Usahawan dan NGO Perak yang aktif di Bandaraya Ipoh telah mendapat jemputan daripada SME Corp Negeri Perak untuk hadir ke Majlis Perasmian HPPNK Negeri Kedah dan Minggu Keusahawanan PKS 2019 Wilayah Utara yang telah berlangsung di Taman Jubli Emas, Alor Star Kedah Darul Aman.

Mewakili PUBI Perak ke Majlis Perasmian ini adalah Pengerusi PUBI Perak, En. Sharul, Naib Pengerusi En Mohd Fhami, Bendahari Cik Zarina dan Penolong Bendahari Cik Mawardah.

Untuk makluman semua, Majlis Perasmian HPPNK Negeri Kedah dan Minggu Keusahawanan PKS 2019 Wilayah Utara ini telah disempurnkan oleh YAB Menteri Besar Kedah iaitu Dato’ Seri Hj Mukhriz Tun Mahathir.

Turut hadir ke Majlis Perasmian ini adalah Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Dato’ Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan Malaysia Datuk Wira Dr. Mohd Hatta Ramli.

PUBI Perak sebagai sebuah Persatuan Usahawan yang prihatin akan meneruskan usaha-usaha yang dilakukan bagi membangunkan usahawan dan bakal usahawan di Bandaraya Ipoh ini secara khususnya dan di seluruh negeri Perak secara amnya.

Semoga PUBI Perak terus maju dan berdaya saing sebagai sebuah Persatuan Usahawan yang prihatin, berinovatif serta menjadi NGO Perak yang disegani pada masa akan datang. Insyallah..


Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak adalah sebuah persatuan usahawan dan NGO Perak yang aktif di Bandaraya Ipoh. Persatuan yang berdaya saing ini sedang giat membantu masyarakat terutamanya golongan usahawan dengan menjalankan banyak aktiviti keusahawan, latihan serta kursus usahawan.

Nor Zarina Zamzuri
Bendahari Kehormat PUBI Perak