HASIL BEDAH SIASAT, VIRUS COVID-19 DIKESAN DI PERMUKAAN BADAN, ORGAN DALAMAN, AIR KENCING & CECAIR BADAN MAYAT – KKM

Gambar – Google

HASIL BEDAH SIASAT, VIRUS COVID-19 DIKESAN DI PERMUKAAN BADAN, ORGAN DALAMAN, AIR KENCING & CECAIR BADAN MAYAT – KKM

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) menjelaskan bahawa Institut Perubatan Forensik Negara telah menjalankan bedah siasat terhadap mayat COVID-19.

“Bedah siasat dijalankan di bawah Seksyen 16 Akta Kawalan Penyakit Berjangkit 1988, iaitu Akta 342.

“Penemuan bedah siasat mendapati terdapat virus COVID-19 dikesan pada permukaan badan mayat melalui analisa real time polymerase chain reaction yang dijalankan oleh Institut Penyelidikan Perubatan.

Baca Lanjut

COVID-19: WANITA 23 TAHUN KORBAN TERMUDA MALAYSIA

Gambar – Bernama

COVID-19: WANITA 23 TAHUN KORBAN TERMUDA MALAYSIA

PUTRAJAYA, 9 April — Seorang wanita warganegara Malaysia berusia 23 tahun menjadi korban termuda COVID-19 di Malaysia setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata ia merupakan kes kematian ke-67 (kes ke-2864) dengan mangsa mempunyai latar belakang penyakit tiroid.

“Pesakit mempunyai penyakit tiroid dan lambat ke hospital untuk mendapatlan rawatan. Seperti yang saya katakan bagi kebanyakan kes, 88 peratus datang (ke hospital) ketika dalam kategori satu dan dua… tetapi pesakit ini dalam kategori empat,” katanya pada sidang media harian COVID-19 di sini, hari ini.

Baca Lanjut

COVID-19: AMERIKA CATAT HAMPIR 2000 KEMATIAN SEHARI, KEMATIAN TERTINGGI DALAM 24 JAM

COVID-19: AMERIKA CATAT HAMPIR 2000 KEMATIAN SEHARI, KEMATIAN TERTINGGI DALAM 24 JAM

Amerika Syarikat mencatatkan kematian tertinggi akibat COVID-19 dalam tempoh 24 jam dengan hampir 2,000 kematian pada Rabu.

Menurut data dikeluarkan Worldometer, sebanyak 1,940 pesakit koronavirus di negara itu disahkan meninggal dunia semalam di mana kebanyakannya melibatkan warga New York City.

Selasa lalu, sebanyak 806 kematian telah direkodkan di bandar tersebut, lokasi yang paling teruk dilanda wabak di negara berkenaan.

Baca Lanjut

PEMBANTU TAKBIR KKM KORBAN KE-35 COVID-19

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba (kanan). – NSTP/Hairul Anuar Rahim

TERKINI – PEMBANTU TAKBIR KKM KORBAN KE-35 COVID-19

KUALA LUMPUR: Seorang pembantu tadbir Kementerian Kesihatan (KKM) menjadi korban ke-35, mangsa terbaharu wabak COVID-19 apabila meninggal dunia ketika dalam rawatan di Hospital Sungai Buloh, petang semalam.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, berkata Saziah Mohd Said, 57, yang juga Pembantu Tadbir di Bahagian Sumber Manusia KKM, meninggal dunia jam 4 petang tadi.

“Pemergian Allahyarhamah merupakan satu kehilangan buat KKM,” katanya Dr Adham menerusi perkongsian dalam akuan Facebook, malam ini.

Baca Lanjut