Myra Jijie memaklumkan dia sekeluarganya tidak dapat menghadiri upacara pengebumian ibunya. – Gambar Facebook Myra Jijie | Sumber Astro Awani

KISAH KEHIDUPAN: AL-FATIHAH BUAT IBU – WANITA KONGSI PENGALAMAN DIRI DAN 16 AHLI KELUARGA POSITIF COVID-19

KUALA LUMPUR: “Maka tercetuslah Kluster Permatang daripada ibuku.

“Sebenarnya kami pun tidak tahu datang daripada mana, sesungguhnya soalan ini tidak mampu aku jawab, sebab COVID-19 Itu, kita tidak nampak, kalau nampak senang aku bagi tahu datang daripada siapa,” begitulah luahan seorang pesakit COVID-19, Myra Jijie di laman sosial Facebooknya.

Dalam perkongsian itu, Myra memaklumkan semalam (20 November 2020) adalah hari ke-20 dia menerima rawatan di hospital selepas disahkan positif COVID-19, daripada Kluster Permatang.

TERKINI: PUBI Lancarkan Platform Derma Untuk Tabung Covid-19 Dan Bantuan Usahawan Yang Terjejas

Untuk memberi kesedaran mengenai virus pandemik tersebut dan pelbagai persoalan yang dibangkitkan, wanita itu tampil berkongsi mengenai kesakitan yang ditanggung ketika disahkan positif termasuk saat-saat kehilangan ibu tersayang.

Lebih memilukan, mereka sekeluarga tidak dapat ke kubur bagi urusan pengebumian selepas 16 daripada ahli keluarganya disahkan positif.

Berikut perkongsian wanita itu di Facebooknya.

22/10/2020

Mak masuk ICU. Sebab kaki mak bengkak teruk, overload fluid doktor kata.

23/10/2020

Katanya mak kena kuarantin sebab ada kes. Tak pasti buat swab test result negatif.

24/10/2020

Mak dah pindah wad biasa, boleh melawat mak dah. Mak ngadu penat, muka mak bengkak habis.

26/10/2020

Birthday mak, aku sambut beli bouquet, beli rantai emas kat mak, sebab kali terakhir mak datang Ipoh, mak cakap mak teringin nak rantai emas, sedih sangat mak tak sempat pun pakai, malamtu mak nak fries MCD…mak makan sikit ja, mak kata teringin. Tapi mak makan 2,3 fries saja.

27/10/2020

Mak masuk ICU balik sebab pernafasan mak tak ok, mak kat ICU tapi mak nak mee sotong pulak, abang beli mee sotong, kak ipar suapkan mak, kami kena gilir-gilir naik sebab pelawat hanya 2 jam boleh jumpa 2 orang sekali. Kami anak-anak kena jumpa doktor mak, sakit mak kami terpaksa rahsiakan P&C

29/10/2020

Mak dah intubate, atas keizinan kami semua, sempat aku cium mak sebelum intubate, mintak ampun dengan mak. Belai-belai mak. Rupanya tu kali terakhir dapat sayang mak dan cium mak.

30/10/2020

Mak dah koma, keadaan mak dah kritikal, doktor mintak kami sekeluarga reda jika sesuatu terjadi dengan mak. Balik tu semua dalam keadaan letih, masa ni aku dengan abang lagi sorang dah ada simptom batuk dan demam.

31/10/2020

Abang aku pagi-pagi dah call, bagitau mak positif COVID-19 untuk swab test ke 2, hanya Allah saja tahu perasaan aku, meraung nangis-nangis, aku tau dengan keadaan mak yang kritikal, harapan mak nak baik sangat-sangat tipis, mak kena transfer ke ICU GH Penang, makanya tercetus la Kluster Permatang dari mak aku, sebenarnya kami pun tak tahu datang dari mana, sesungguhnya soalan ni tak mampu aku jawab, sebab Covid-19 tu kita tak nampak, kalau nampak senang aku bagitau datang dari siapa.

Kakak ipar aku orang first swab memandangkan dia kerja di hospital. Jadi dia paling pantas lakukan swab test sebab dia tengah kerja masa tu. Kami pula kena swab pada 2 November. Kakak ipar dapat result pada hari yang sama juga sebab dia kontak rapat jadinya positif dan ambulans pun datang ambil. Time ni orang kata dia pencetus, kesian dia. Dia pun tak tau apa-apa dan kami pun tidak tahu daripada siapa kami dapat. COVID-19 ni merata dalam komuniti kita sekarang, asbab mak aku positif semua buat cerita bukan-bukan. Tak apalah kami reda ini ujian buat kami.

1/11/2020

Abang aku nombor 3 swab test sebab simptom dia semakin teruk. Kami pula KKM mintak swab test pada 2 November untuk depa prepare keluarga besar kami untuk swab test. Abang aku pun positif malam itu juga ambulans datang ambil.

2/11/2020

Satu family aku ke KK Kulim untuk swab test. Simptom aku paling teruk. Batuk, demam on off, muntah, sakit dada macam kena tumbuk, nafas tak lepas. Aku terpaksa serah diri di Hospital Kulim malam itu juga tanpa tunggu result kerana tidak boleh bernafas. Dalam beberapa jam Hospital Kulim transfer aku ke Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar.

3/11/2020 hingga 5/11/2020

Suhu aku 39, Oxygen aku tak cantik. Kena tambah darah sebab HB jadi 7, kena pakai gas dan malam itu juga aku kena transfer ICU HSB baru, oxcygen aku drop teruk. Malam itu juga doktor bagi penerangan nak intubate aku. Dia minta nombor telefon suami aku untuk inform semua in detail. Aku nangis-nangis merayu kat doktor tak nak kena intubate macam mak, aku masih

boleh lawan dan aku nak cuba lawan.

6/11/2020

Abang aku pula ke ICU sama situasi macam aku, oxygen drop. Sesungguhnya COVID-19 ini sangat jahat. Macam-macam dia serang aku dan abang aku. Sementara itu family aku seorang demi seorang kena hantar ke HSB sebab positif. Anak kakak aku bayi 4 bulan pun positif.

8/11/2020

Jam 9.13 pagi mak dah meninggalkan kami untuk selamanya. Mak dah lawan 8 hari, mak dah tak mampu, mak dah penat. Paling sedih buat keluarga aku. Kami seorang pun tak boleh balik tengok mak. Semua kat hospital sebab COVID-19. Tinggal suami aku dengan 3 orang anak buah je yang negatif, tapi tak boleh keluar sebab kuarantin. Sedih sangat. Pakai wakil buat pengecaman jenazah mak, kubur pun tak boleh tengok. Semoga mak tenang di sana. Al-Fatihah.

Dan aku di ICU selama 2 minggu, berperang dengan sakit, kena isolate seorang diri dalam bilik sedangkan orang lain kat ICU duduk luar katil banyak-banyak. Boleh kata keadaan aku sangat-sangat tak ok. Boleh refer gambar. Penat 2 minggu itu Allah saja yang tahu. Hari-hari aku berperang dengan sakit.

16/11/2020

Alhamdulillah akhirnya aku recover, dah kena transfer ke HSB lama…wad biasa. Sekarang dalam proses recover, dapat duduk sebelah suami. Dia positif swab test kedua hari ke-14.. 3 orang anak buah tu power… sampai sekarang negatif… immune paling power.

21/11/2020

Hari ke-20, doktor cakap kalau 21 hari aku boleh balik dah, mudah-mudahan amin, satu je nak pesan buat orang di luar sana. Bila ada teman-teman saudara mara kena Covid-19, seharusnya kita support emosi mereka bukan kita tokok tambah cerita, buat fitnah yang tak betul pasal orang positif boleh buat emosi pesakit down, sebab itu pesakit Covid-19 jika ada family depa bagi dok satu family untuk support emosi sesama kami.

“Alhamdulillah family aku sekarang semua dah negatif. Abang aku dan kakak ipar discaj esok (hari ini), aku dan suami maybe Ahad ini.

“Lain-lain semua awal lagi dah discaj. recover cepat. COVID-19 ini tak ada ubat pun bagi yang tiada simpton. Bagi aku yang duk ICU, ada ubat yang aku dapat.

“Aku harap kawan-kawan kat luar sana, folowlah SOP, tak penting tak perlu keluar,” kongsinya.

Sumber: Astro Awani