PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN DISAMPING MENJALANKAN AKTIVITI KEBAJIKAN DAN AMAL UNTUK MEMBANTU MASYARAT DI LUAR SANA.

Antara usaha yang dijalankan oleh PUBI Perak adalah dengan menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan.

Selain itu, PUBI Perak selaku NGO Perak yang prihatin juga turut memainkan peranan yang besar di dalam komuniti dengan menjalankan aktiviti amal, sosial, kebajikan serta kemasyarakatan.

Terkini pada 24hb Julai 2021 yang lalu, Ahli Jawatankuasa Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI) telah menyerahkan kesemua 20 Pek Makanan sumbangan Majlis Bandaraya Ipoh yang telah disampaikan kepada pihak Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak tempoh hari oleh Dato’ Rumaizi Baharin selaku Datuk Bandar Ipoh.

AKTIVITI PERSATUAN YANG LALU: Sesi Perbincangan Bersama NGO Berkaitan PKS Negeri Perak

Dalam skala kecil Ahli Jawatankuasa PUBI yang diketui oleh En Sharul Rahman selaku Pengerusi PUBI telah bergerak dari rumah ke rumah untuk menyerahkan Sumbangan Pek Makanan tersebut kepada peniaga-peniaga pasar malam yang terjejas akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan yang telah dikuat kuasakan oleh pihak kerajaan.

Peniaga-peniaga tersebut adalah terdiri daripada mereka yang berniaga di bawah pasar malam anjuran PUBI dan tinggal di sekitar Bandar Ipoh ini.

Selain itu Ahli Jawatankuasa yang terlibat juga turut menyantuni mereka serta mengambil kesempatan untuk bertanya khabar dan mengambil maklum kesukaran yang sedang mereka alami.

Seluruh Ahli Jawatankuasa PUBI Perak sentiasa mendoakan agar segala urusan mereka dipermudahkan olehNya dan semoga mereka semua ini tabah serta kuat dengan ujian yang telah menimpa mereka.

Puan Zuraida Zulkepli selaku Ahli Jawatankuasa PUBI Perak telah memberikan taklimat ringkas kepada Ahli Jawatankuasa yang telah turut serta bagi menjayakan program edaran bantuan makanan daripada pihak Majlis Bandaraya Ipoh ini kepada peniaga-peniaga pasar malam yang terjejas ekoran pandemik Covid-19 yang telah melanda dunia.

Dengan rasa amat bersyukur, Pengerusi PUBI Perak En Sharul Rahman dan seluruh Ahli Jawatankuasa PUBI menyucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Datuk Bandar Ipoh di atas usaha yang telah dibuat dengan memberi bantuan yang sewajarnya kepada pihak kami.

Semoga dengan sumbangan ini nanti akan dapat meringankan sedikit sebanyak bebanan yang dihadapi oleh peniaga-peniaga pasar malam yang masih tidak dapat menjalankan perniagaan mereka sehingga ke hari ini.

PUBI Perak sebagai sebuah Persatuan Usahawan dan NGO Perak yang prihatin akan terus meneruskan usaha-usaha yang dilakukan bagi membantu serta membangunkan usahawan dan bakal usahawan di Bandaraya Ipoh ini secara khususnya dan di seluruh negeri Perak secara amnya.

Semoga PUBI Perak terus maju dan mampan sebagai sebuah Persatuan Usahawan yang prihatin, berinovatif serta menjadi NGO Perak yang disegani pada masa akan datang.

Insyallah..

#PUBIPerak #KumpulanPUBI #NGOUsahawan #NGOPerak