PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN
Antara usaha yang dijalankan oleh PUBI Perak adalah dengan menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan.
Terkini pada 13hb Disember 2022 yang lalu, Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI) telah mengadakan kunjung hormat ke Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) untuk bertemu dengan Ybhg. Dato’ Rumaizi bin Baharin selaku Datuk Bandar Ipoh.
Menyambut kehadiran wakil deligrasi PUBI Perak adalah En. Hafiz Safwan selaku Pegawai kepada Datuk Bandar Ipoh dan pertemuan bersama Datuk Bandar telah diatur selama hampir satu jam di Bilik Anggerik Majlis Bandar Ipoh, Ipoh Perak.
AKTIVITI PERSATUAN SEBELUM INI: Pemantauan Peserta PEKB 2022 Bagi Bulan November 2022
Mewakili Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI) adalah En Sharul Rahman selaku Pengerusi Persatuan, En Haizul Fakarudin selaku Setiausaha Kehormat Persatuan dan En Mohammad Nafis selaku Bendahari Persatuan.
Objektif utama Kunjungan Hormat PUBI Perak ini adalah bertujuan untuk mengeratkan hubungan dua hala di antara PUBI Perak dengan Pihak Majlis Bandaraya Ipoh disamping mempekenalkan latar belakang persatuan serta aktiviti yang telah dijalankan oleh PUBI Perak bagi membantu usahawan di Bandaraya Ipoh ini.
Antara lain turut dibincangkan bersama adalah kerjasama strategik yang boleh dilaksanakan pada masa hadapan bagi memantapkan lagi sektor keusahawanan di Negeri Perak ini secara amnya dan secara khususnya di Bandaraya Ipoh demi masa depan yang lebih baik dan gemilang.
Alhamdulillah, Datuk Bandar Ipoh telah menyambut baik kehadiran wakil daripada PUBI Perak ini di mana perbincangan serta cadangan yang diutarakan di dalam pertemuan ini berjalan dengan lancar dan harmoni.
Kedua-dua pihak telah menyatakan hasrat untuk memperkukuhkan lagi agenda dan objektif pembangunan keusahawanan demi masa hadapan peniaga-peniaga kecil mahupun besar di Negeri Perak ini.
Semoga dengan perjumpaan ini akan mengeratkan hubungan kedua-dua pihak disamping memberi faedah dan peluang untuk membangunkan usahawan pada masa hadapan serta mendapat faedah bersama pada masa hadapan.
Insyallah, hasil dari pertemuan ini PUBI Perak beriltizam untuk meneruskan perjuangan dalam usaha membangunkan usahawan di Bandaraya Ipoh secara khususnya dan di Negeri Perak secara amnya.
PUBI Perak sebagai sebuah Persatuan Usahawan dan NGO Perak yang prihatin akan meneruskan usaha-usaha yang dilakukan bagi membangunkan usahawan dan bakal usahawan termasuk peniaga-peniaga kecil di Bandaraya Ipoh ini secara khususnya dan di seluruh negeri Perak secara amnya.
Insyallah..
#PUBI #NGOUsahawan #CaknaEkonomiBangsa
Nota: Bagi anda yang ingin dapatkan pelbagai maklumat terkini terutama berkaitan bantuan kerajaan dan info-info berguna, sila ikuti group telegram kami di https://t.me/joinchat/VkYkA8svZj3WB3hD
KOMEN TERKINI