
INFO – PERMOHONAN PENGANJURAN BAZAR RAMADAN 2024M / 1445H MAJLIS BANDARAYA IPOH
Seperti tahun-tahun yang lalu, Majlis Bandaraya Ipoh akan menganjurkan Bazar Ramadan 2024M / 1445H yang dijangka akan bermula pada pertengahan bulan Mac 2024 nanti. Sebanyak 19 lokasi akan dibuka dengan anggaran sebanyak 1310 petak niaga.
Persatuan Penjaja / Koperasi Peniaga, Jawatankuasa Penduduk atau mana-mana pihak yang berminat boleh mengemukakan permohonan / mendapatkan borang permohonan di Jabatan Pelesenan MBI di Tingkat 5 MBI. Permohonan boleh dibuat mulai 26 Disember 2023 hingga 10 Januari 2024. Senarai lokasi boleh dirujuk melalui iklan tawaran penganjuran Bazar Ramadan 2024 yang akan dikeluarkan mulai 26 Disember 2023 nanti.
Sekiranya sesuatu lokasi tersebut terdapat lebih daripada satu permohonan, MBI akan memilih permohonan yang berjaya berdasarkan kriteria penilaian dan pemilihan penganjur Bazar Ramadan yang diluluskan pada Mesyuarat Tujuan Am 2022 yang lalu.
BACA ARTIKEL SEBELUM INI: eMadani : Cara Penebusan Kredit e-Wallet RM100 Mulai 4 Disember
MBI juga menggalakkan penganjur Bazar Ramadan 2024 membuka lokasi lain selain lokasi yang dinyatakan dengan syarat permohonan dibuat dan mendapat kelulusan Majlis.
Adalah diharap penganjuran Bazar Ramadan 2024 nanti akan berjalan lancar di samping membuka ruang rezeki kepada golongan peniaga / penjaja kecil di kawasan Majlis Bandaraya Ipoh.

INFO LANJUT
Untuk info lanjut serta syarat dan lokasi bazar semak laman web rasmi Majlis Bandaraya Ipoh melalui link berikut –> https://www.mbi.gov.my/index.php/pusat-media/pengumuman/permohonan-penganjuran-bazar-ramadan-2024m-445h-majlis-bandaraya-ipoh
Sebarang pertanyaan sila hubungi 05-208 3296 / 05-208 3696
Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan info-info berkaitan Penganjuran Bazar Ramadan di Bandaraya Ipoh silalah join whatsapp group yang diadakan oleh PUBI Perak –> https://chat.whatsapp.com/Gg85NE3nkUiCO3qMwEVLuk
KOMEN TERKINI