LAGI KES NAHAS MAUT AKIBAT PEMANDU MABUK

Kenderaan disyaki dipandu pemandu mabuk merempuh motosikal dipandu mangsa dari arah belakang. – Foto ihsan pembaca

KEMALANGAN: LAGI KES NAHAS MAUT AKIBAT PEMANDU MABUK

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki maut selepas terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta dipandu lelaki disyaki mabuk di Lebuhraya Sultan Iskandar menghala ke ibu negara, di sini, awal pagi ini.

Dalam kejadian jam 1.30 pagi itu, mangsa dikenali sebagai Mohamed ZailiMohamed berusia 44 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat cedera parah di kepala.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya, berkata kemalangan dipercayai berlaku apabila motosikal jenis Honda EX5 ditunggang mangsa dirempuh Nissan Grand Livina dipandu suspek berusia 21 tahun dari arah belakang.

Baca Lanjut

PEMBIAYAAN SPAK (SKIM KEMUDAHAN PEMBIAYAAN PENGUKUHAN PERNIAGAAN MARA) INISIATIF COVID-19 DARI MARA

PEMBIAYAAN SPAK (SKIM KEMUDAHAN PEMBIAYAAN PENGUKUHAN PERNIAGAAN MARA) INISIATIF COVID-19 DARI MARA

MARA mengumumkan dua insentif tambahan bagi membantu usahawan bernaung di bawah agensi itu yang terkesan akibat penularan pandemik COVID-19.

Insentif baharu itu membabitkan Skim Pembiayaan Kemudahan Pengukuhan Perniagaan (SPAK) dan pengecualian sewa premis perniagaan bagi tempoh dua bulan.

Pengerusi MARA, Datuk Azizah Mohd Dun, berkata sebelum ini pihaknya mengumumkan moratorium bagi pembiayaan perniagaan selama enam bulan dan diskaun 30 peratus sewaan premis bagi tempoh yang sama dengan tetapan beberapa syarat.

Baca Lanjut

COVID-19: INI LIMA PERKARA PENTING SIDANG MEDIA HARIAN PKPB

Kelonggaran rentas negeri hanya diberi kepada pasangan terpisah, urusan kesihatan, bekerja dan kecemasan seperti kematian bermula 1 Jun ini, kata Ismail Sabri Yaakob. – Gambar fail BERNAMA

COVID-19: INI LIMA PERKARA PENTING SIDANG MEDIA HARIAN PKPB

KUALA LUMPUR: Ini lima perkara penting yang dinyatakan Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi sidang media harian berkaitan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) hari ini, 30 Mei 2020.

INI APA YANG ANDA PERLU TAHU HARI INI:

1. PDRM mengeluarkan kompaun kepada 471 individu atas pelbagai kesalahan ingkar arahan PKPB, 1 kompaun dikeluarkan atas kesalahan ziarah Aidilfitri.

Baca Lanjut

COVID-19: KES TERBAHARU DI PERAK, 42 ORANG KONTAK RAPAT TELAH DI KESAN

COVID-19: KES TERBAHARU DI PERAK, 42 ORANG KONTAK RAPAT TELAH DI KESAN

Susulan laporan Kementerian Kesihatan Malaysia melalui sidang media yang dibuat oleh Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Datuk Dr Noor Hisham Abdullah telah mengesahkan 1 kes baharu Covid-19 di Negeri Perak.

Laporan terperinci telah dikeluarkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Perak sebentar tadi dan memaklumkan bahawa kes COVID-19 terbaru yang dilaporkan hari ini (30 Mei 2020) dikesan susulan daripada aktiviti Saringan Bersasar (Targetted Screening) COVID-19 bagi pelajar Tahfiz.

Seramai 42 orang kontak rapat kepada kes telah dikenalpasti. Seorang kontak rapat telah dimasukkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) kerana bergejala manakala 41 orang kontak rapat yang lain telah diasingkan di Pusat Kuarantin. Punca jangkitan masih dalam siasatan.

Baca Lanjut