PEMBIAYAAN SPAK (SKIM KEMUDAHAN PEMBIAYAAN PENGUKUHAN PERNIAGAAN MARA) INISIATIF COVID-19 DARI MARA

MARA mengumumkan dua insentif tambahan bagi membantu usahawan bernaung di bawah agensi itu yang terkesan akibat penularan pandemik COVID-19.

Insentif baharu itu membabitkan Skim Pembiayaan Kemudahan Pengukuhan Perniagaan (SPAK) dan pengecualian sewa premis perniagaan bagi tempoh dua bulan.

Pengerusi MARA, Datuk Azizah Mohd Dun, berkata sebelum ini pihaknya mengumumkan moratorium bagi pembiayaan perniagaan selama enam bulan dan diskaun 30 peratus sewaan premis bagi tempoh yang sama dengan tetapan beberapa syarat.

Insentif terbabit, menurutnya sudah memberi manfaat kepada lebih 5,000 usahawan MARA.

BACA LANJUT: Senarai Penuh Bantuan Covid-19 Di Malaysia

OBJEKTIF PEMBIAYAAN SPAK

Menyediakan kemudahan pembiayaan yang mudah tanpa cagaran dan kadar keuntungan bagi membantu usahawan mikro memulihkan perniagaan akibat wabak COVID-19

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN PEMBIAYAAN SPAK;

  • Warganegara Malaysia bertaraf Bumiputra
  • Tidak termasuk dalam Senarai Hitam MARA
  • Berumur 18 tahun hingga 60 tahun
  • Menjalankan perniagaan sekurang-kurangnya 3 bulan
  • Semua sektor perniagaan KECUALI Pertanian dan Penternakan
  • Mempunyai Pendaftaran Syarikat dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
  • Mempunyai Lesen dari Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Lesen Majlis
  • Mempunyai lokasi/tapak perniagaan yang bersesuaian
  • Jualan kurang dari RM300,000 setahun & mempunyai pekerja tetap kurang dari 5 orang
  • Menyediakan seorang ‘Penyokong’ dari ahli keluarga terdekat (Referee)

TUJUAN PEMBIAYAAN

  • Modal Pusingan
  • Pembelian Mesin, Peralatan & Aset

HAD DAN TEMPOH PEMBIAYAAN (MAKSIMUM)

RM 10,000.00

  • 36 Bulan (3 Tahun)

TEMPOH BERNAFAS (GRACE PERIOD)

  • Selama 3 Bulan selepas menerima pembiayaan

JAMINAN

  • Tidak diperlukan

KADAR KEUNTUNGAN

  • 0 %

BAGAIMANA UNTUK MEMBUAT PERMOHONAN? BILA BOLEH MULA BUAT PERMOHONAN?

  • Permohonan boleh dibuat bermula 1HB JUN 2020

Sekiranya ada usahawan berminat, mereka boleh memohon secara atas talian dan info lanjut adalah melalui pautan www.mara.gov.my/Myusahawan dan proses kelulusan mengambil masa selewat-lewatnya 14 hari daripada tarikh permohonan lengkap diterima.

Selamat memohon..

Sumber: Berita Harian, Bernama