COVID-19: KES TERBAHARU DI PERAK, 42 ORANG KONTAK RAPAT TELAH DI KESAN

Susulan laporan Kementerian Kesihatan Malaysia melalui sidang media yang dibuat oleh Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Datuk Dr Noor Hisham Abdullah telah mengesahkan 1 kes baharu Covid-19 di Negeri Perak.

Laporan terperinci telah dikeluarkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Perak sebentar tadi dan memaklumkan bahawa kes COVID-19 terbaru yang dilaporkan hari ini (30 Mei 2020) dikesan susulan daripada aktiviti Saringan Bersasar (Targetted Screening) COVID-19 bagi pelajar Tahfiz.

Seramai 42 orang kontak rapat kepada kes telah dikenalpasti. Seorang kontak rapat telah dimasukkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) kerana bergejala manakala 41 orang kontak rapat yang lain telah diasingkan di Pusat Kuarantin. Punca jangkitan masih dalam siasatan.

COVID-19: Malaysia Dalam Fasa Pemulihan Terakhir – Noor Hisham

Jabatan Kesihatan Negeri Perak turut mengesahkan bahwa kes COVID-19 terbaru ini telah direkodkan berlaku di Mukim Sungai Terap, Batu Gajah Perak.

Nasihat Kesihatan: Teruskan amalan norma dan kebiasaan baru dalam menjalani kehidupan seharian.

A. Elakkan 3C / 3S:
– kawasan yang Sesak (Crowded Place)
– kawasan Sempit (Confined Space)
– ber Sembang jarak dekat (Close Conversation)

B. Amalkan 3W: Kerap
– cuci tangan dengan air / sabun atau hand sanitizer
(Wash)
– digalakkan pakai face mask di tempat awam atau jika
bergejala (Wear) dan
– patuhi (Warn / Amaran ) peringatan KKM seperti;
elakkan bersalaman / bersentuhan, amalkan etika
batuk, duduk di rumah, elakkan amalan ziarah,
lakukan disinfeksi dan pembersihan di kawasan yang
kerap disentuh




Data yang dipaparkan adalah data yang telah dikemaskini dan penyelarasan data dilakukan dari semasa ke semasa.

Sumber: Jabatan Kesihatan Negeri Perak