PEMANDU WANITA MABUK DIJEL 17 TAHUN

ULANGSIAR: PEMANDU WANITA MABUK DIJEL 17 TAHUN

EKSEKUTIF wanita dihukum penjara 17 tahun dan denda RM39,000 oleh Mahkamah Sesyen Tawau, hari ini, selepas didapati bersalah atas dua pertuduhan memandu dalam keadaan mabuk hingga menyebabkan kematian empat lelaki di Jalan Chong Thien Vun di Tawau, tahun lalu.

Hakim Awang Kerisnada Awang Mahmud, menjatuhkan hukuman itu terhadap Olivia Chong Oi Yun, 35, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir perbicaraan.

Sejurus hukuman dijatuhkan, tertuduh yang berada dalam kandang tertuduh kelihatan menitiskan air mata, manakala manakala ahli keluarganya yang hadir turut menangis.

Baca Lanjut

SEMAKAN GKP: SEMAK STATUS KELULUSAN GERAN KHAS PRIHATIN RM3,000

SEMAKAN GKP: SEMAK STATUS KELULUSAN GERAN KHAS PRIHATIN RM3,000

Semakan GKP kini dibuka! Sebanyak 642,976 permohonan Geran Khas Prihatin diterima sejak dibuka awal Mei lalu.

LHDNM dalam satu kenyatan media memaklumkan sebanyak 488,857 (76 peratus) permohonan telah diluluskan manakala 81,260 (12.6 peratus) permohonan masih dalam proses semakan lanjut agensi.

Manakala baki 72,859 (11.3 peratus) permohonan ditolak.

Baca Lanjut

‘SAYA HILANG ARAH, TEMPAT BERGANTUNG’ – ISTERI MOHAMED ZAILI

ZAHLAWATI gagal menahan sebak. FOTO Muhamad Allyme Mohd Izam | Harian Metro

KISAH KEHIDUPAN: ‘SAYA HILANG ARAH, TEMPAT BERGANTUNG’ – ISTERI MOHAMED ZAILI

“SAYA tidak maafkan, nyawa tidak boleh diganti dengan wang, saya kini betul-betul hilang arah,” kata Zahlawati Zahlan,47.

Dia adalah isteri kepada Allahyarham Mohamed Zaili Mohamed, 44, yang maut dirempuh pemandu mabuk di Lebuhraya Sultan Iskandar menghala ke ibu negara, awal pagi tadi.

Zahlawati berkata, kehidupannya bergantung kepada suami yang melakukan pelbagai pekerjaan sambilan terutama sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Baca Lanjut

TAK MENGAKU SALAH MEMANDU DALAM KEADAAN MABUK

TERTUDUH dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Kuala Lumpur. FOTO Raja Noraina Raja Rahim

KEMALANGAN MAUT: TAK MENGAKU SALAH MEMANDU DALAM KEADAAN MABUK

PEMANDU Nissan Grand Livina mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, hari ini, atas pertuduhan memandu di bawah pengaruh alkohol sehingga menyebabkan kematian penghantar makanan, awal pagi tadi.

Tertuduh, Khor Yong Zhang, 20, membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Puteri Nursheila Rahimi.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa memandu kenderaan di bawah pengaruh alkohol yang mana kandungan alkohol di dalam badan sebanyak 161 mg/100 ml iaitu melebihi 81 mg/100 ml daripada had yang ditetapkan sebanyak 80 mg/100 ml.

Baca Lanjut