LUPA ID DAN KATA LALUAN i-AKAUN KWSP, IKUTI 3 LANGKAH MUDAH INI

INFO – LUPA ID DAN KATA LALUAN i-AKAUN KWSP, IKUTI LANGKAH 3 MUDAH INI

TERKINI: PENGELUARAN i-LESTARI TAK PERLU GUNA i-AKAUN, TAK PERLU GUNA BORANG, TAK PERLU BERATUR! SEMUANYA ONLINE! KLIK UNTUK INFO LANJUT –>

Pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kini boleh membuat pendaftaran menerusi e-mel atau pos bermula 1 April 2020, untuk pengeluaran kemudahan i-Lestari seperti yang diumum oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ekoran penularan wabak Covid-19 baru-baru ini.

Ahli-ahli boleh membuat pendaftaran secara e-mel atau pos bermula 1 April. Bagi pendaftaran secara dalam talian pula, ahli KWSP juga boleh melakukannya secara dalam talian melalui e-Pengeluaran dalam i-Akaun (Ahli)

Tetapi adakala kita terlupa password peribadi kita untuk log masuk ke sistem dalam e-Pengeluaran dalam i-Akaun (Ahli) ahli tersebut.

Baca Lanjut

DOKTOR KONGSI KISAH ‘SUNYI’ PESAKIT COVID-19

KISAH KEHIDUPAN – DOKTOR KONGSI KISAH ‘SUNYI’ PESAKIT COVID-19

‘Posting’ ini diambil dari facebook seorang doktor yang sedang merawat Pesakit Covid-19 di sebuah hospital. Pada waktu posting ini disalin, seramai 2,900 orang telah memberi komen, 6,200 perkongsian dan 20,000 reaksi (Suka & Sedih).

Jom kita hayati apa yang dinukilkan oleh doktor pada posting beliau tersebut;

Baca Lanjut

JASA BANDUAN PENJARA PENOR, PEJUANG BARISAN HADAPAN YANG TAK DIDENDANG

KISAH KEHIDUPAN – JASA BANDUAN PENJARA PENOR, PEJUANG BARISAN HADAPAN YANG TAK DIDENDANG

KUANTAN, 30 Mac — Bengkel jahitan Penjara Penor di sini, hanya ‘mengendalikan’ tempahan paling penting buat masa ini, iaitu peralatan perlindungan diri (PPE) untuk kegunaan petugas kesihatan yang mengendalikan pesakit COVID-19.

Bermula jam 9 pagi sehingga 5 petang setiap hari, seramai 18 banduan yang ditempatkan di bengkel itu akan bertungkus-lumus mengukur, memotong dan menjahit PPE yang diperbuat daripada material khas berwarna biru.

Pengarah Penjara Penor Datuk Abu Hasan Hussain berkata mereka menerima 2,000 meter material berkenaan bagi menghasilkan PPE yang memerlukan lima meter bagi sepasang PPE ‘dari hujung kepala ke hujung kaki’.

Baca Lanjut

BANTUAN KECEMASAN KELANGSUNGAN HIDUP MAIPk TELAH DIKREDITKAN KE DALAM AKAUN PENERIMA

BERITA BAIK – BANTUAN KECEMASAN KELANGSUNGAN HIDUP MAIPk TELAH DIKREDITKAN KE DALAM AKAUN PENERIMA

Alhamdulillah, Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) yang telah melancarkan bantuan khas kelangsungan hidup baru-baru ini telah mula menyalurkan wang bantuan tersebut ke dalam akaun penerima masing-masing mulai hari ini.

MAIPk yang menyedari bahawa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan ekoran penularan wabak Covid-19 di seluruh negara telah memberikan impak dan kesan kepada rakyat amnya dan asnaf di negeri Perak khasnya.

Justeru itu, dalam kesungguhan MAIPk membela dan menyantuni hak asnaf dan pada 25hb Mac 2020 yang lalu, Pihak MAIPk dengan perkenan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah AlMaghfur-Lah bersama beberapa rakan strategik telah memperuntukkan Dana Khas Agihan Zakat bertujuan meringankan bebanan rakyat dan membantu usaha pelbagai pihak menghadapi pandemik Wabak Covid-19.

Baca Lanjut