JASA BANDUAN PENJARA PENOR, PEJUANG BARISAN HADAPAN YANG TAK DIDENDANG

KISAH KEHIDUPAN – JASA BANDUAN PENJARA PENOR, PEJUANG BARISAN HADAPAN YANG TAK DIDENDANG

KUANTAN, 30 Mac — Bengkel jahitan Penjara Penor di sini, hanya ‘mengendalikan’ tempahan paling penting buat masa ini, iaitu peralatan perlindungan diri (PPE) untuk kegunaan petugas kesihatan yang mengendalikan pesakit COVID-19.

Bermula jam 9 pagi sehingga 5 petang setiap hari, seramai 18 banduan yang ditempatkan di bengkel itu akan bertungkus-lumus mengukur, memotong dan menjahit PPE yang diperbuat daripada material khas berwarna biru.

Pengarah Penjara Penor Datuk Abu Hasan Hussain berkata mereka menerima 2,000 meter material berkenaan bagi menghasilkan PPE yang memerlukan lima meter bagi sepasang PPE ‘dari hujung kepala ke hujung kaki’.

Baca Lanjut