BERITA BAIK – BANTUAN KECEMASAN KELANGSUNGAN HIDUP MAIPk TELAH DIKREDITKAN KE DALAM AKAUN PENERIMA

Alhamdulillah, Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) yang telah melancarkan bantuan khas kelangsungan hidup baru-baru ini telah mula menyalurkan wang bantuan tersebut ke dalam akaun penerima masing-masing mulai hari ini.

MAIPk yang menyedari bahawa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan ekoran penularan wabak Covid-19 di seluruh negara telah memberikan impak dan kesan kepada rakyat amnya dan asnaf di negeri Perak khasnya.

Justeru itu, dalam kesungguhan MAIPk membela dan menyantuni hak asnaf dan pada 25hb Mac 2020 yang lalu, Pihak MAIPk dengan perkenan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah AlMaghfur-Lah bersama beberapa rakan strategik telah memperuntukkan Dana Khas Agihan Zakat bertujuan meringankan bebanan rakyat dan membantu usaha pelbagai pihak menghadapi pandemik Wabak Covid-19.

Pengumuman Penting Bantuan Khas Dan Zakat Maipk Ekoran Penularan Wabak Covid-19 –>

Susulan daripada pengumuman MAIPk seperti di atas, Pihak MAIPk telah dihujani dengan permohonan yang banyak dan pada satu ketika laman web permohonan tersebut tidak dapat dilayari oleh orang ramai akibat permohonan yang agak ‘luar biasa’.

Syukur, hari ini bayaran bantuan tersebut talah dkreditkan ke dalam akan penerima bantuan dan telah tular di media sosial, salah seorang penerima tersebut memaklumkan bahawa telahpun menerima bantuan khas sebanyak RM400.00 daripada Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk).

Sape2 yg ada mohon BANTUAN KECEMASA COVID19 dr MAIPK dan da lulus da bole cek akaun masing2 ye.duit da msk

Penguna Facebook ‘Aiskrim Goyang Shana Syada
Sebanyak RM400.00 telah dikreditkan oleh Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk)

SEMAKAN BANTUAN KECEMASAN KELANGSUNGAN HIDUP MAIPk EKORAN PENULARAN WABAK COVID-19

Kepada pemohon yang telah memohon bantuan ini sebelum ini, anda boleh mula menyemak status permohonan anda mulai hari ini melalui laman web khas yang disediakan oleh pihak MAIPk seperti berikut, https://isyura.maiamp.gov.my/kecemasan/

Anda juga boleh menghubungi pihak MAIPk melalui nombor talian 05-208 4000.

Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) kerana memperuntukkan sejumlah RM5.8 Juta untuk diagihkan melalui bantuan yang telah disediakan ini dan sangat prihatin serta bersedia untuk membantu golongan yang sangat memerlukan pada ketika negara sedang dilanda ujian Covid-19.

Terima kasih juga diucapkan kepada pembayar zakat negeri Perak. Dengan zakat yang dibayar, manfaatnya dapat disalurkan kepada pelbagai pihak.

Marilah kita sama-sama merafakkan doa ke hadrat Allah SWT agar diberi perlindungan dan kesihatan serta dihindari dari segala kesengsaraan dalam tempoh yang sukar ini.

Berusahalah kita semua menjaga diri serta keluarga, meningkatkan kewaspadaan dan sepanjang masa sentiasa mematuhi segala arahan-arahan yang telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa dari semasa ke semasa.

Semoga Allah Swt. mengurniakan keampunan kepada kita semua, memelihara dari musibah yang berat dan menjauhkan kita dari wabak penyakit Covid-19 yang telah melanda negara Malaysia yang kita cintai.

Insyallah..