TERKINI – USTAZ EBIT LEW ‘BORONG’ SATU LORI DI MALAKAT MALL DAN ROSYAM MART UNTUK BANTU ORANG SUSAH YANG TERJEJAS AKIBAT COVID-19

Umum telah mengetahui bahawa wabak virus yang dikenali sebagai Covid-19 ini telah mengancam seluruh dunia. Ribuan manusia telah dilaporkan meninggal dunia akibat dijangkiti dengan virus ini.

Negara kita juga turut tidak terkecuali selepas mencatatkan ratusan kes positif dan angka kematian sebanyak 2 orang setakat ini. Oleh disebabkan itu, kerajaan terpaksa melaksanakan perintah kawalan pergerakan yang merangkumi seluruh Malaysia bagi memutuskan rantaian jangkitan akibat daripada virus ini.

Kerajaan juga telah mengambil pelbagai inisiatif termasuk mengumumkan Pakej Ransangan Ekonomi Prihatin Nasional bagi membantu seluruh rakyat Malaysia yang terjejas ekoran Penularan penyakit Covid-19 ini

Biodata Ustaz Ebit Lew; Insan Yang Banyak Menyantuni Masyarakat Dengan Hikmah –>

Tidak ketinggalan adalah individu yang banyak membantu disaat rakyat Malaysia sedang menghadapi kesusahan iaitu Ustaz Ebit Lew yang diketahui umum sedang giat menjalankan aktiviti amal dan kebajikan melalui NGO – Pertubuhan Kasih Umat Malaysia.

Semalam Ustaz Ebit Lew melalui satu lontaran di facebook beliau telah memaklumkan beliau telah membeli keperluan asas untuk membantu asnaf serta golongan yang memerlukan bekalan makanan dan terjejas ekoran penularan Penyakit Covid-19 ini.

Apa yang menariknya Ustaz Ebit Lew telah membeli barang-barang keperluan tersebut di dua buah pasaraya iaitu Malakat Mall dan Rosyam Mart.

Tadi saya membeli dekat Malakat Mall Cyberjaya dan juga di St Rosyam Mart. Kagum pada mereka peniaga Islam yang hebat. Terima kasih atas layanan baik Dato Rosyam Noor dan Dato Nazim dan Tuan Fadzil. Syukur dapat borong dengan lori 10 tan. Penuh lori. Doakan ye. InsyaAllah saya akan gunakan adik grab, runner anak muda untuk pusing sekitar kl. InsyaAllah habis je terus topup lagi.

Ustaz Ebit Lew

Hanya Allah Yang Dapat Membalas Segala Kebaikan Ustaz Ebit Lew Di Saat Negara Diancam Wabak Covid-19 –>

Begitu mulianya hati beliau di samping membantu golongan asnaf yang ditimpa kesusahan dan terputus bekalan makanan, di dalam masa yang sama beliau turut membantu pasaraya milik saudara islamnya.

Semoga Allah membalas segala budi baik dan jasa Ustaz Ebit Lew serta memberi kesejahteraan di samping diberi kesihatan yang baik kepada beliau.

Kita juga berdoa agar Allah melindungi serta membebaskan Negara kita dari Penyakit Covid-19 yang kini telah mengorbankan 27 nyawa di Negara kita ini. Insyallah..

Sumber : Facebook Ustaz Ebit Lew