TAKLIMAT MYBIJAKNIAGA TOOLKIT (SIRI 2)

KUMPULAN PUBI SEBAGAI SEBUAH ENTITI YANG MEMPERJUANGKAN MISI & VISI UNTUK PEMBANGUNAN USAHAWAN DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN AGENDA PEMANTAPAN YANG AKAN MEMBERI IMPAK BESAR KEPADA EKONOMI SERTA KELESTARIAN SEKTOR USAHAWAN YANG KIAN MAMPAN DAN MANCABAR.

Antara usaha yang dijalankan oleh Kumpulan PUBI adalah menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi melalui persatuan serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan disamping menjalankan aktiviti ekonomi melalui gerakan Koperasi yang ditubuhkan.

Selain itu, Kumpulan PUBI Perak yang terdiri daripada NGO Perak dan Koperasi yang prihatin juga turut memainkan peranan yang besar di dalam komuniti dengan menjalankan aktiviti amal, sosial, kebajikan serta kemasyarakatan.

Terkini pada 28hb Mei 2024 yang lalu, Kumpulan PUBI telah bekerjasama dengan CGC Cawangan Negeri Perak dan juga Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) bagi menganjurkan sebuah program yang sangat bermanfaat iaitu Taklimat MyBijakNiaga Toolkit.

Baca Lanjut

MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN TAHUNAN KOPSYA KALI-10

KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK

Terkini Pada 25hb Mei 2024 yang lalu, telah berlangsung Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan (MAPT) Koperasi Pembiayaan Syariah Angkasa Bhd (KOPSYA) Kali ke-10 telah diadakan secara hibrid di mana seramai 848 Anggota perwakilan telah menghadiri mesyuarat tersebut sama ada secara di dalam talian menggunakan platform Zoom atau bersemuka/fizikal.

Bagi Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan yang diadakan secara bersemuka ianya telah berlangsung dengan jayanya bertempat di di Auditorium ANGKASA, Kelana Jaya.

Mewakili Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd ke Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan (MAPT) Koperasi Pembiayaan Syariah Angkasa Bhd (KOPSYA) Kali ke-10 ini adalah Pengerusi KOPUBI Perak Bhd iaitu En Sharul Baha Bin Abd Rahman.

Baca Lanjut

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI ANGKASA PERAK

KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK.

Terkini pada 6hb Mei 2024 yang lalu, Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd (KOPUBI) yang diwakili oleh Pengerusi, En Sharul Rahman, Timbalan Pengerusi, En Haizul Fakarudin, Pen. Setiausaha, Pn Zuraida dan Ahli Lembaga Koperasi, En Khairul Akmal telah hadir ke Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran ANGKASA Negeri Perak yang berlangsung bertempat di Dewan Koperasi, Rapat Setia, Ipoh Perak.

Majlis tersebut telah bermula sekitar jam 2.30 petang dengan pimpinan bacaan doa oleh Tuan Haji Zon bin Huri dan ucapan aluan oleh Ybrs. Tuan Haji Mohamed Shafie Bin Abd Karim selaku Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri Perak.

Majlis juga telah diserikan dengan kehadiran tetamu-tetamu kehormat seperti Yang Berbahagia, Prof. Madya Dato’ Dr. Abdul Rahman Abdul Razak Shaik, Anggota Lembaga ANGKASA, Pengarah SKM Negeri Perak, En. Meor Mohammad Shariffudin bin Meor Yahya, Timbalan Pengarah SKM Negeri Perak, Puan Zainab bt A Raman.

Baca Lanjut

MESYUARAT AGUNG NEGERI (MAN 2024) PERAK

KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK.

Terkini Pada 24hb April 2024 yang lalu, telah berlangsung Mesyuarat Agung Negeri (MAN 2024), Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) Negeri Perak yang telah diadakan secara hibrid di mana para perwakilan boleh memilih sama ada untuk hadir secara fizikal ataupun secara di dalam talian menggunakan platform Zoom.

Bagi pelaksanaan Mesyuarat Agung Negeri ini secara fizikal, lokasi mesyuarat yang telah ditetapkan adalah bertempat di Hotel Casuarina@Meru Ipoh Perak dan telah dihadiri seramai hampir 200 orang perwakilan ANGKASA Negeri Perak.

Mewakili Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd ke Mesyuarat Agung Negeri Perak 2024 secara fizikal adalah Tuan Pengerusi En Sharul Baha Bin Abd Rahman.

Baca Lanjut