MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN TAHUNAN KOPSYA KALI-9

KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENINGKATKAN JANA PEMBANGUNAN EKONOMI DI NEGERI PERAK.

Terkini Pada 5hb Jun 2023 yang lalu, telah berlangsung Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan (MAPT) Koperasi Pembiayaan Syariah Angkasa Bhd (KOPSYA) Kali ke-9 telah diadakan secara hibrid di mana lebih 600 orang perwakilan telah menghadiri mesyuarat tersebut sama ada secara di dalam talian menggunakan platform Zoom atau bersemuka.

Bagi Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan yang diadakan secara bersemuka telah berlangsung dengan jayanya bertempat di di Auditorium ANGKASA, Kelana Jaya.

Mewakili Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd ke Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan (MAPT) Koperasi Pembiayaan Syariah Angkasa Bhd (KOPSYA) Kali ke-9 ini adalah Pengerusi KOPUBI Perak Bhd iaitu En Sharul Baha Bin Abd Rahman.

Baca Lanjut