KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK.

Terkini Pada 24hb April 2024 yang lalu, telah berlangsung Mesyuarat Agung Negeri (MAN 2024), Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) Negeri Perak yang telah diadakan secara hibrid di mana para perwakilan boleh memilih sama ada untuk hadir secara fizikal ataupun secara di dalam talian menggunakan platform Zoom.

Bagi pelaksanaan Mesyuarat Agung Negeri ini secara fizikal, lokasi mesyuarat yang telah ditetapkan adalah bertempat di Hotel Casuarina@Meru Ipoh Perak dan telah dihadiri seramai hampir 200 orang perwakilan ANGKASA Negeri Perak.

Mewakili Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd ke Mesyuarat Agung Negeri Perak 2024 secara fizikal adalah Tuan Pengerusi En Sharul Baha Bin Abd Rahman.

AKTIVITI KOPERASI SEBELUM INI: Perjumpaan Team Transformasi ANGKASA Perak

Untuk makluman seramai lebih 400 perwakilan daripada seluruh anggota koperasi yang berdaftar dengan ANGKASA Negeri Perak telah menyertai Mesyuarat Agung Negeri yang telah diadakan ini melalui kedua-dua platform yang telah ditetapkan.

Pada Mesyuarat Agung Negeri tahun 2024 ini, Pengerusi KOPUBI Perak Bhd iaitu En. Sharul Rahman telah menawarkan diri untuk bertanding jawatan sebagai Jawatankuasa Perhubungan Negeri ANGKASA Perak.

Pencalonan bagi jawatan-jawatan ANGKASA Negeri Perak telah dibuka oleh pihak ANGKASA Negeri Perak sebelum ini dan Alhamdulillah dengan izinNya Ahli Lembaga KOPUBI Perak telah mencalonkan En Sharul Rahman bagi pemilihan tersebut kali ini.

Syukur Alhamdulillah, En. Sharul Rahman telah menang bagi jawatan ini dengan mendapat 247 undian daripada 407 orang perwakilan yang telah membuat undian pada sesi pemilihan yang telah diadakan.

Dengan ini secara rasminya, En. Sharul Rahman telah berjaya di dalam pemilihan sebagai seterusnya telah dilantik sebagai Setiausaha Jawatankuasa Perhubungan Negeri ANGKASA Perak bagi tempoh 2024 – 2027 yang akan datang ini.

Mewakili Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd ke Mesyuarat Agung Negeri Perak 2024 secara fizikal adalah Tuan Pengerusi En Sharul Baha Bin Abd Rahman.

Sehubungan dengan itu, seluruh Ahli Lembaga KOPUBI Perak Bhd telah merakamkan ucapan setinggi tahniah serta sangat berbangga dengan kemenangan En Sharul Rahman ini dan menganggap ini adalah satu permulaan yang baik untuk membawa KOPUBI Perak Bhd ke peringkat yang lebih tinggi.

Setinggi penghargaan juga kepada En Haizul Fakarudin selaku Timbalan Pengerusi KOPUBI Perak Berhad yang telah hadir bagi membantu kempen En. Sharul Rahman sebagai calon Jawatankuasa Perhubungan Negeri ANGKASA dan turut dibantu oleh En Khairul Akmal selaku Ahli Lembaga KOPUBI Perak Bhd dan Saudara Aiman selaku Ahli Jawatankuasa Penentusah Minit Mesyuarat Agung KOPUBI Perak Bhd.

Untuk maklumat semua juga, ini adalah kali keempat Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd menyertai persidangan ini sejak menjadi Anggota kepada ANGKASA pada tahun 2018 yang lalu.

ANGKASA adalah salah sebuah koperasi yang terbesar di Negara kita dan telah mengemudi pergerakkan koperasi di Malaysia sejak kita merdeka lagi.

Semoga ANGKASA terus memimpin Koperasi-koperasi di Negara kita ini demi mengubah lanskap serta ekonomi di Negara kita serta menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.

Insyallah. 

#KOPUBI #KoperasiUsahawan #GerakanKoperasi #ANGKASA