KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK
Terkini Pada 25hb Mei 2024 yang lalu, telah berlangsung Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan (MAPT) Koperasi Pembiayaan Syariah Angkasa Bhd (KOPSYA) Kali ke-10 telah diadakan secara hibrid di mana seramai 848 Anggota perwakilan telah menghadiri mesyuarat tersebut sama ada secara di dalam talian menggunakan platform Zoom atau bersemuka/fizikal.
Bagi Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan yang diadakan secara bersemuka ianya telah berlangsung dengan jayanya bertempat di di Auditorium ANGKASA, Kelana Jaya.
Mewakili Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd ke Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan (MAPT) Koperasi Pembiayaan Syariah Angkasa Bhd (KOPSYA) Kali ke-10 ini adalah Pengerusi KOPUBI Perak Bhd iaitu En Sharul Baha Bin Abd Rahman.
AKTIVITI KOPERASI SEBELUM INI: Perjumpaan Bersama Team TM Malaysia
Seramai 266 orang anggota perwakilan daripada seluruh anggota koperasi yang berdaftar dengan Koperasi Pembiayaan Syariah Angkasa Bhd (KOPSYA) telah menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan Perwakilan Kali ke-7 ini secara bersemuka manakala seramai 582 anggota koperasi yang berdaftar telah memilih untuk hadir secara di dalam talian menggunakan aplikasi zoom.
Pada Mesyuarat Agung Tahunan Perwakilan KOPSYA Kali ke-10 ini telah berlangsung sesi pemilihan anggota lembaga yang baharu serta Ahli Jawatankuasa Penentusah Minit Mesyuarat Agung yang baharu dan Pengerusi KOPUBI Perak Bhd iaitu En. Sharul Rahman secara rasminya telah menjadi calon untuk bertanding sebagai Ahli Jawatankuasa Penentusah Minit Mesyuarat Agung KOPSYA.
Pada sesi pemilihan yang diadakankan ini, Pengerusi KOPUBI Perak Bhd iaitu En Sharul Rahman yang telah bertanding di dalam Pemilihan Ahli Jawatankuasa Penentusah Minit Mesyuarat Agung dengan nombor calonnya adalah 20, telah tewas dengan mendapat sebanyak 89 undi daripada para perwakilan Mesyuarat Agung Tahunan Perwakilan KOPSYA Kali ke-10 ini.
Walaupun tewas namun demikian tidak mematahkan semangat En Sharul Rahman untuk bekerja keras pada masa hadapan untuk menawan hati para perwakilan yang hadir pada sesi Mesyuarat Agung seterusnya nanti.
Untuk maklumat semua juga, ini adalah kali ketiga beliau menawarkan diri untuk bertanding di dalam pemilihan KOPSYA ini tetapi tahun ini kejayaan masih belum memihak kepada beliau.
Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd ingin merakamkan ucapan setinggi terima kasih di atas keberanian beliau untuk menawarkan diri di dalam sesi pemilihan yang sangat sengit ini serta membuktikan bahwa KOPUBI Perak Bhd juga mampu setaraf dengan koperasi-koperasi bernama besar yang lain.
Dengan terlaksananya Mesyuarat Agung Tahunan Perwakilan KOPSYA Kali ke-10 ini, adalah diharapkan agar KOPSYA di bawah ANGKASA yang menjalankan aktiviti kredit serta pembiayaan kepada koperasi anggota dapat terus memainkan peranan besar serta menjadi salah sebuah koperasi yang berjaya di Negara kita serta mampu mengemudi gerakan koperasi di Malaysia ini.
Semoga KOPSYA terus memimpin Koperasi-koperasi di Negara kita ini demi mengubah lanskap serta ekonomi di Negara kita serta menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara dan sama-sama juga kita doakan kejayaan En Sharul Rahman selaku Pengerusi KOPUBI Perak Bhd pada sesi Pemilihan yang bakal diadakan pada masa hadapan.
Insyallah.
KOMEN TERKINI