KUMPULAN PUBI SEBAGAI SEBUAH ENTITI YANG MEMPERJUANGKAN MISI & VISI UNTUK PEMBANGUNAN USAHAWAN DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN AGENDA PEMANTAPAN YANG AKAN MEMBERI IMPAK BESAR KEPADA EKONOMI SERTA KELESTARIAN SEKTOR USAHAWAN YANG KIAN MAMPAN DAN MANCABAR.
Antara usaha yang dijalankan oleh Kumpulan PUBI adalah menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi melalui persatuan serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan disamping menjalankan aktiviti ekonomi melalui gerakan Koperasi yang ditubuhkan.
Selain itu, Kumpulan PUBI Perak yang terdiri daripada NGO Perak dan Koperasi yang prihatin juga turut memainkan peranan yang besar di dalam komuniti dengan menjalankan aktiviti amal, sosial, kebajikan serta kemasyarakatan.
Terkini pada 28hb Mei 2024 yang lalu, Kumpulan PUBI telah bekerjasama dengan CGC Cawangan Negeri Perak dan juga Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) bagi menganjurkan sebuah program yang sangat bermanfaat iaitu Taklimat MyBijakNiaga Toolkit.
AKTIVITI KUMPULAN PUBI SEBELUM INI: Program Edaran Bubur Kumpulan PUBI Di Bazar Ramadan Station 18
Program ini telah berlangsung dengan jayanya bertempat di Pejabat Urusan CGC Malaysia Berhad, Greentown Ipoh Perak dengan kehadiran yang mencukupi bagi pelaksanaan program ini.
Program yang sangat bermanfaat ini adalah bertujuan untuk memperkenalkan serta memberi pendedahan tentang kepentingan pengurusan kewangan serta tatakelola yang baik di dalam menjalankan perniagaan terutamatnya di kalangan PKMS serta Koperasi di Negeri Perak ini terutamanya di Bandar Ipoh.
Program ini telah disertai Ahli-ahli Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI), Anggota KOPUBI Perak Bhd, Koperasi dan usahawan di sekitar Bandaraya Ipoh.
Sebelum program ini bermula, Pn. Punitha Jeyabalan selaku Pengurus CGC Cawangan Ipoh telah memberi sedikit ucapan pembukaan dan mengalukan kehadiran para peserta yang terlibat di dalam program tersebut.
Turut hadir pada acara pembukaan program ini adalah En Sharul Rahman selaku Pengerusi KOPUBI Perak Bhd merangkap Pengerusi Kumpulan PUBI dan En. Khusairi Abu Kassim selaku Timbalan Pengurus CGC Cawangan Ipoh.
Seterusnya program ini telah dikendalikan sepenuhnya oleh wakil daripada pihak Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) iaitu En. Mohd Syahrul Azmi bin Esha selaku Penasihat Kewangan AKPK Ipoh, Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) cawangan Ipoh, Perak.
Alhamdulillah, program yang dirancang ini telah berjalan dengan baik di mana para peserta telah menimba pelbagai ilmu yang berguna dan mendapat manfaat yang berimpak tinggi serta akan memberi kesan kepada kebaikan perniagaan masing-masing.
Pada program itu juga, En. Mohd Syahrul Azmi bin Eshaturut memperkenalkan sebuah aplikasi kewangan yang berupaya membantu pengurusan kewangan PMKS dan juga Koperasi iaitu MyBijakNiaga Toolkit di mana aplikasi ini telah direka khusus oleh pihak Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK).
MyBijakNiaga ialah aplikasi diagnostik perakaunan digital yang boleh digunakan oleh pemilik perniagaan mikro dan kecil untuk merekodkan transaksi perniagaan mereka dan menyediakan penyata kewangan.
Ia juga boleh menyimpan dokumen sokongan untuk rujukan masa hadapan untuk perniagaan, kerana dokumen ini penting untuk perniagaan mengembangkan atau mendapatkan pembiayaan.
Selain itu, pengguna boleh melakukan pemeriksaan kesihatan ke atas prestasi perniagaan mereka dan mendapatkan nasihat tentang kedudukan perniagaan semasa mereka, semuanya daripada satu alat mudah pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.
Semoga dengan berjayanya program ini akan melahirkan golongan usahawan yang kompiten serta berdaya maju di samping melahirkan kumpulan usahawan yang berjaya pada masa hadapan di Negeri Perak ini.
KOPUBI Perak Bhd sebagai salah sebuah Koperasi Usahawan di Bandar Ipoh ini sentiasa menyokong usaha-usaha yang telah dilaksanakan bagi membangunkan usahawan dan bakal usahawan termasuk peniaga-peniaga kecil serta Koperasi di Bandaraya Ipoh ini secara khususnya dan di seluruh negeri Perak secara amnya.
Adalah menjadi harapan kepada Ahli Lembaga Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd untuk terus menjalankan aktiviti ekonomi yang produktif bagi memastikan objektif penubuhan PUBI Perak dan KOPUBI Perak Bhd tercapai dalam tempoh 5 hingga ke 10 tahun pertama penubuhannya.
Semoga usaha ini menjadi pemangkin kepada masa hadapan yang lebih gemilang dan semoga Kumpulan PUBI menjadi salah sebuah koperasi yang unggul di Negeri Perak dan seterusnya menjadi contoh kepada koperasi lain di negara ini secara amnya.
Insyallah..
#KOPUBI #KoperasiUsahawan #MencaknaEkonomiBangsa #GerakanKoperasi #Malaysia
KOMEN TERKINI