KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENINGKATKAN JANA PEMBANGUNAN EKONOMI DI NEGERI PERAK.
Terkini pada 7hb dan 8hb November 2024 yang lalu, KOPUBI Perak Bhd telah menghantar dua orang wakil Anggota untuk menyertai sebuah Program anjuran ANGKASA iaitu Simposium Koperasi Wanita 2024 yang berlangsung di Summit Hotel USJ, Selangor.
Mewakili KOPUBI Perak Bhd ke simposium ini adalah Pn Zuraida Zulkepli selaku Penolong Setiausaha Koperasi dan juga Pn Jamaliah Md Yatim selaku Ketua Juruaudit Dalaman KOPUBI Perak Bhd.
Simposium ini diadakan fokus kepada koperasi serta anggota wanita bertujuan untuk memberi maklumat dan pendedahan berkaitan dengan pelbagai aspek, antaranya isu dan cabaran mendepani persaingan dalam perniagaan koperasi serta memperkasa kepimpinan wanita dalam gerakan koperasi.
Baca Lanjut →
KOMEN TERKINI