INFO: PERMOHONAN BANTUAN PRIHATIN RAKYAT (BPR) 2021

Golongan rakyat Malaysia berpendapatan rendah yang menghadapi tekanan kenaikan kos sara hidup dari semasa ke semasa terus dibantu dimana kerajaan yang diterajui oleh Perikatan Nasional (PN) terus komited dalam usaha bagi meringankan bebanan isi rumah dan individu bujang dari golongan berpendapatan rendah melalui Skim Bantuan Prihatin Rakyat (BPR).

Menerusi kandungan intipati bajet 2021, kerajaan Perikatan Nasional telah menambah baik pelaksanaan bantuan kepada golongan berpendapatan rendah melalui Bantuan Prihatin Rakyat yang menggantikan Bantuan Sara Hidup Rakyat sebelum ini. Ianya sekali gus mengembirakan rakyat Malaysia berpendapatan rendah yang menghadapi tekanan kos sara hidup di masa kini.

Skim Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) adalah skim bantuan bersasar sama seperti Skim Bantuan Sara Hidup (BSH) oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) dan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang diperkenalkan oleh kerajaan terdahulu sejak tahun 2012 di bawah Barisan Nasional (BN).

BACA ARTIKEL SEBELUM INI: Semakan BPN 2.0 Fasa 2: Jumlah & Tarikh Bayaran 21 Januari 2021

Kerajaan PN telah memperluaskan dan memfokuskan kepada golongan berpendapatan rendah terutamanya golongan B40, ianya adalah tepat kerana pada masa kini apabila kita menyaksikan kenaikan harga barang, makanan, rumah, kesihatan, pengangkutan, utiliti, barangan penjagaan diri dan barang belian one-off serta pertumbuhan upah yang tidak menentu (tidak seiring kadar peningkatan gaji dan upah) di Malaysia. Faktor ini sekali gus meningkatkan kos sara hidup golongan berpendapatan rendah secara lebih cepat dan beberapa kali ganda berbanding bagi golongan berpendapatan pertengahan dan tinggi.

Jumlah BPR yang diberikan adalah seperti di bawah:

  • Individu Bujang berpendapatan kurang dari RM2500: RM350
  • Isi rumah pendapatan kurang dari RM2500 : RM1200 (1 orang anak), RM1800 (2 orang anak ke atas).
  • Isi rumah pendapatan RM4001- RM5000 : RM500 (1 orang anak), RM750 (2 orang anak ke atas).
  • Isi rumah pendapatan RM2501- RM4000 : RM800 (1 orang anak), RM1200 (2 orang anak ke atas).

Sedikit pembaharuan pada bantuan kali ini adalah, had bagi golongan bujang diturunkan kepada 21 tahun ke atas. Berbanding sebelum ini ketika BSH iaitu 40 tahun ke atas.

PERMOHONAN PENDAFTARAN BPR 2021 BANTUAN PRIHATIN RAKYAT TERKINI

Permohonan terkini Bantuan Prihatin Rakyat bermaksud permohonan pendaftaran baharu, di mana ketua isi rumah lelaki atau wanita yang belum pernah membuat sebarang permohonan BPR atau BSH sebelum ini dan ketua isi rumah lelaki atau wanita yang gagal dalam permohonan BSH pada tahun sebelumnya ataupun terjadi kematian kepada pasangan penerima sedia ada dan berlaku penceraian.

BACA ARTIKEL: Cara Memohon Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021 – Pendaftaran / Pengemaskinian

KELAYAKAN DAN KRITERIA PERMOHONAN BARU BPR 2021 BANTUAN PRIHATIN RAKYAT

Sebelum membuat permohonan, sila pastikan terlebih dahulu kelayakan dan kriteria yang telah ditetapkan untuk membuat permohonan baru Bantuan Prihatin Rakyat, sila rujuk maklumat di bawah sebagai panduan dan rujukan tentang kelayakan dan kriteria Permohonan Bantuan Prihatin Rakyat 2021.

Kategori Layak Buat Permohonan Baru BPR 2021 – Isi Rumah

1. Berkahwin
2. Ibu Bapa Tunggal | Balu | Janda | Duda | yang mempunyai anak
3. Warga emas Sebatang kara

Kriteria Kelayakan Umum Permohonan Baru BPR 2021 – Isi Rumah

1. Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja
2 Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua keluarga yang tinggal serumah dan bekerja di Malaysia dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM5,000 dan ke bawah
3. Warga emas sebatang kara, Jika bekerja, pendapatan kasar bulanan adalah RM5,000 dan ke bawah

Kriteria Kelayakan Umum Permohonan Baru BPR 2021 Individu Bujang

1. Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja
2 Lelaki atau perempuan bujang berusia 21 tahun dan ke atas yang berpendapatan kurang RM2,500 sebulan

Infografik Jumlah Bantuan Diterima Mengikut Kategori Pendapatan;

kategori jumlah bantuan bpr 2021

CARA DAN LANGKAH BUAT PERMOHONAN BARU BPR 2021 SECARA ONLINE DAN MANUAL

Berikut Infosentral maklumat cara-cara dan langkah-langkah membuat permohonan baharu Bantuan Prihatin Rakyat 2021. Sebelum itu, permohonan BPR 2021 hanya boleh dilakukan selepas kerajaan mengumumkan tarikh rasmi permohonan BPR dibuka.

Bila Tarikh Permohonan BPR 2021
DibukaDitutup
Januari 2021
Cara Dan Langkah Buat Permohonan BPR 2021

Pemohon baru boleh membuat permohonan BPR dengan menggunakan kaedah permohonan secara dalam talian (online) ataupun manual (guna borang). Sila gunakan salah satu kaedah permohonan sahaja bagi mengelakan berlakunya duplikasi maklumat pemohon.

  • Permohonan BPR 2021 Online
Melalui Portal Rasmi BPR LHDNM, sila klik pada pautan di bawah
Nota: Akan dikemaskini
  • Permohonan BPR 2021 Manual (Guna Borang)
Borang Permohonan BPR 2021 boleh didapati secara percuma di lokasi berikut
Portal Rasmi BPR LHDNM
Cawangan LHDNM | Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM | Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM

BACA ARTIKEL: Cara Memohon Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021 – Pendaftaran / Pengemaskinian

SEMAKAN KEPUTUSAN BPR 2021 BANTUAN PRIHATIN RAKYAT

Pemohon yang telah membuat permohonan Bantuan Prihatin Rakyat 2021 dengan menggunakan kaedah permohonan secara online ataupun dengan menggunakan borang manual, boleh membuat semakan bagi mengetahui status kelulusan BPR 2021

Bila Tarikh Semakan Keputusan BPR 2021 – Akan dikemaskini kemudian
DibukaDitutup
Cara Dan Langkah Buat Semakan Keputusan BPR 2021

Semakan status kelulusan Bantuan Prihatin Rakyat boleh disemak secara dalam talian (online) melalui laman web BPR (https://bpr.hasil.gov.my/) atau laman web seperti dinyatakan di bawah.

Melalui Portal Rasmi BPR LHDNM, sila klik pada pautan di bawah
Nota: Akan dikemaskini

Sumber: InfoSentral