3 INFO PENTING BANTUAN PRIHATIN NASIONAL (BPN) YANG WAJIB ANDA TAHU
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini ada mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi berjumlah RM250 bilion yang akan memberi manfaat kepada semua golongan rakyat di negara ini.
Paling mencuri tumpuan sudah pastinya pengumuman Bantuan Prihatin Nasional secara one-off kepada empat golongan termasuk mereka yang memegang status M40.
Kaedah pembayaran secara one off merujuk kepada peruntukan kewangan yang hanya diberikan sekali sahaja bagi sesuatu tujuan. Ia tidak berkala seperti bulanan, tahunan atau dwi tahunan.
BERIKUT ADALAH 3 INFO PENTING YANG WAJIB ANDA TAHU TENTANG BANTUAN PRIHATIN NASIONAL;
1. Golongan yang layak menerima Bantuan Prihatin Nasional adalah seperti berikut:-
- Golongan B40 (Pendapatan isi rumah di bawah RM4,000 sebulan)
- Golongan M40 (Pendapatan isi rumah di antara RM4,001 sehingga RM8,000 sebulan)
- Golongan bujang berpendapatan di bawah RM2,000 sebulan
- Golongan bujang berpendapatan di antara RM2,001 sehingga RM4,000 sebulan
Penerima mestilah warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas.
2. Tidak memerlukan apa-apa pendaftaran atau permohonan bagi kategori:-
- Penerima BSH sedia ada (yang pernah menerima bantuan ini sebelum ini)
- Pembayar cukai LHDN. (yang pernah ‘declare income’ kepada LHDN atau pernah membuat e-filing)
- Golongan Bujang yang pernah menerima bantuan BR1M/BSH sebelum atau pernah bayar cukai LHDN atau declare income’ kepada LHDN/pernah membuat e-filing)
3. Perlu mendaftar permohonan baharu bagi katergori:-
- Bukan penerima BSH (Tidak pernah langsung menerima bantuan atau atau tidak pernah memohon)
- Bukan pembayar cukai (Tidak pernah ‘declare income’ kepada LHDN atau tidak pernah membuat e-filing)
- Golongan Bujang yang pernah TIDAK PERNAH menerima bantuan BR1M/BSH sebelum atau TIDAK PERNAH bayar apa-apa cukai LHDN.
Segala semakan status kelayakkan dan permohonan hanya boleh dibuat bermula 1 April 2020 (hari ini) melalui tiga laman web di bawah ini sahaja:-
Bayaran akan dibuat terus ke akaun bank penerima mengikut amaun yang ditunjukkan pada infografik di bawah ini. Sila rujuk..
AMARAN! JANGAN BERIKAN BUTIRAN PERIBADI ANDA KEPADA PIHAK KETIGA KERANA ADA PIHAK YANG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB INGIN MENGGUNAKAN DATA PERIBADI ANDA UNTUK KEPENTINGAN PERIBADI MEREKA SERTA MENGAUT KEUNTUNGAN.
INFO-GRAFIK BANTUAN PRIHATIN NASIONAL KERAJAAN MALAYSIA
KENYATAAN MEDIA TERKINI LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA BERKENAAN BANTUAN PRIHATIN NASIONAL (BPN).
Semoga dengan bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan ini dapat meringankan beban kita ketika sedang menghadapi Perintah Kawalan Pergerakan ekoran penularan penyakit Covi-19 di Negara kita ini.
Setinggi perhargaan kepada pihak kerajaan di atas keprihatinan serta tanggungjawab yang dilaksanakan kepada hampi 34 juta rakyat di Negara ini.
Insyallah..
KOMEN TERKINI