SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN & UCAPAN TERIMA KASIH

SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN & UCAPAN TERIMA KASIH

KUMPULAN PUBI yang terdiri daripada Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh (PUBI), Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd. (KOPUBI) dan Kelab Belia Pemacu Usahawan Bandar Ipoh (KBPUBI) ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Seri Ahmad Faizal bin Dato’ Azumu di atas khidmat dan bakti beliau selaku Menteri Besar Perak dari tahun 2018 sehingga 4hb Disember 2020.

Semoga Yang Berhormat meneruskan agenda membantu rakyat di Negeri Perak dan terus memperjuangkan nasib rakyat terutamanya golongan usahawan dan bakal usahawan serta menyokong gerakan koperasi di Negeri Perak ini.

Daripada,
Ahli Jawatankuasa, Ahli Lembaga & Anggota Kabinet Kumpulan PUBI

i-SINAR KWSP: SEMAK CARA PERMOHONAN & KADAR PENGELUARAN AKAUN 1 KWSP

i-SINAR KWSP: SEMAK CARA PERMOHONAN & KADAR PENGELUARAN AKAUN 1 KWSP

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah mengeluarkan maklumat lanjut terkini mengenai kemudahan i-Sinar iaitu pengeluaran Akaun 1 KWSP.

KWSP dalam kenyataan terbaharunya bersetuju untuk meluaskan skop i-Sinar yang akan memberikan manfaat sekitar 8 juta ahli yang terjejas. Pencarum KWSP yang layak untuk mengeluarkan wang mereka sehingga RM10,000 dan juga RM60,000 bergantung kepada kriteria yang terlibat.

Pengeluaran kemudahan i-Sinar ini akan membabitkan peruntukan sebanyak RM70 bilion.

Baca Lanjut

BAYARAN FASA KEDUA BPN 2.0 DIBUAT JANUARI 2021

TERKINI: BAYARAN FASA KEDUA BPN 2.0 DIBUAT JANUARI 2021

Kuala Lumpur: Bayaran fasa kedua dan permohonan baharu serta rayuan yang diluluskan bagi Bantuan Prihatin Nasional 2.0 (BPN 2.0) akan dibuat dalam bulan Januari 2021.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, pembayaran fasa pertama sejumlah RM4.5 bilion telah berjaya disalurkan kepada lebih 9.86 juta penerima, merangkumi tujuh juta penerima daripada kategori B40 dan 2.86 juta penerima daripada kategori M40.”Bagi penerima BPN 2.0 yang tidak mempunyai akaun bank, penunaian telah mula

disediakan di cawangan Bank Simpanan Nasional mulai 26 Oktober 2020.

Baca Lanjut

RAYUAN GKP 2.0 & KOD ALASAN TIDAK LULUS GERAN KHAS PRIHATIN

INFO: RAYUAN GKP 2.0 & KOD ALASAN TIDAK LULUS GERAN KHAS PRIHATIN

Permohonan GKP anda gagal?

Berita baik di mana rayuan GKP 2.0 akan dibuat kepada umum bermula 7 – 12 Disember nanti. Permohonan rayuan boleh dibuat di portal rasmi gkp.hasil.gov.my

Setakat ini, hampir 850,000 PKS mikro telah menerima GKP dan GKP 2.0, dengan jumlah bantuan kewangan keseluruhan sebanyak RM2.55 bilion.

Baca Lanjut