SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN & UCAPAN TERIMA KASIH

SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN & UCAPAN TERIMA KASIH

KUMPULAN PUBI yang terdiri daripada Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh (PUBI), Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd. (KOPUBI) dan Kelab Belia Pemacu Usahawan Bandar Ipoh (KBPUBI) ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Seri Ahmad Faizal bin Dato’ Azumu di atas khidmat dan bakti beliau selaku Menteri Besar Perak dari tahun 2018 sehingga 4hb Disember 2020.

Semoga Yang Berhormat meneruskan agenda membantu rakyat di Negeri Perak dan terus memperjuangkan nasib rakyat terutamanya golongan usahawan dan bakal usahawan serta menyokong gerakan koperasi di Negeri Perak ini.

Daripada,
Ahli Jawatankuasa, Ahli Lembaga & Anggota Kabinet Kumpulan PUBI

PERAK UMUM BANTUAN ‘ONE-OFF’ RM500 KEPADA PENIAGA DAN PENJAJA KECIL

TERKINI: PERAK UMUM BANTUAN ‘ONE-OFF’ RM500 KEPADA PENIAGA DAN PENJAJA KECIL

Ipoh: Kerajaan Perak meluluskan peruntukan khas bantuan di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Negeri Perak Fasa Ke-4 (PRE Fasa 4) sejumlah RM9 juta bagi meringankan beban peniaga dan penjaja kecil serta usahawan mikro di negeri ini.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, bantuan yang disalurkan itu berikutan prihatin dengan kekangan yang dihadapi mereka susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

“Antara inisiatif di bawah PRE Fasa 4 ini adalah pengecualian sewaan gerai makan milik pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi tempoh sebulan (November 2020).

Baca Lanjut

PERAK BENAR OPERASI PASAR MALAM SECARA BERPERINGKAT

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu | Gambar – Sinar Harian

TERKINI: PERAK BENAR OPERASI PASAR MALAM SECARA BERPERINGKAT

IPOH – Kerajaan Perak membenarkan pembukaan pasar terbuka seperti pasar pagi, pasar malam, pasar tani dan bazar ria di negeri ini secara berperingkat bermula 15 Jun ini.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, pembukaan pasar terbuka itu dibuat secara berperingkat mengikut kemampuan pihak berkuasa tempatan (PBT) setelah berbincang dengan persatuan penjaja yang menguruskan pasar-pasar terbuka ini.

Menurutnya, kerajaan negeri amat menitikberat semua prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh kerajaan Persekutuan bagi pasar-pasar berkenaan.

Baca Lanjut