PERMOHONAN CBRM 2.0: SKIM PEMBIAYAAN PEMULIHAN PERNIAGAAN MIKRO

INFO: PERMOHONAN CBRM 2.0 – SKIM PEMBIAYAAN PEMULIHAN PERNIAGAAN MIKRO

TEKUN Nasional telah membuka permohonan kepada usahawan mikro yang ingin memohon pembiayaan bagi memulihkan perniagaan mereka melalui Skim Pembiayaan Pemulihan Perniagaan Mikro 2.0 (CBRM 2.0).

CBRM 2.0 ialah pembiayaan kepada usahawan TEKUN sedia ada dan usahawan baharu yang terjejas ekoran pandemik COVID-19 untuk membolehkan mereka kembali beroperasi dan memulihkan semula perniagaan mereka.

Objektif pelaksanaan CBRM 2.0 adalah bagi membantu usahawan baharu dan sedia ada yang terkesan akibat pandemik COVID-19 yang menjalankan perniagaan dalam bidang non-essential, aktiviti sosial dan aktiviti rangkaian bagi memulihkan dan memulakan perniagaan dalam kesukaran masa pandemik COVID-19.

Baca Lanjut

SEMAKAN STATUS PERMOHONAN RAYUAN BPR FASA 2 MULAI OGOS 2021

INFO: SEMAKAN STATUS PERMOHONAN RAYUAN BPR FASA 2 MULAI OGOS 2021

Seperti yang dimaklumkan oleh Kementerian Kewangan dan LHDN, mulai 7 Mei 2021, bayaran BPR Fasa 2 akan dibuat secara berperingkat.

Status kelulusan BPR Fasa 2 juga boleh mula disemak pada 7 Mei.

Menurut LHDN, penerima BPR Fasa 2 yang layak menerima bayaran merujuk kepada Permohonan BPR 2021 berstatus lulus DAN melepasi semakan verifikasi kelayakan.

Hal ini dinyatakan melalui Soalan Lazim Pembayaran BPR Fasa Kedua yang dikemaskini pada 4 Mei 2021 di Portal Rasmi Bantuan Prihatin Rakyat (BPR).

Baca Lanjut

SESI TANDATANGAN PERJANJIAN USAHASAMA STRATEGIK BERSAMA IMPACTV

KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK.

Terkini pada 03hb Ogos 2021 yang lalu, Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd telah menandatangani perjanjian usahasama strategik bagi melaksanakan Projek Pembekalan Media bersama salah sebuah syarikat pengiklanan yang dikenali di bandar Ipoh iaitu Impact Media & Communication Sdn Bhd.

Mewakili pihak koperasi bagi tujuan itu adalah Pengerusi Koperasi iaitu En Sharul Rahman dan Timbalan Pengerusi Koperasi iaitu Tuan Abu Naufal (Kudus Alie Novel) dan mewakili Syarikat Impact Media & Communication Sdn Bhd adalah CEO Syarikat iaitu En. Aimran Razif.

Turut hadir pada sesi tandatangan perjanjian ini adalah bendahari koperasi iaitu Pn. Samsiah Ahmad@Abdullah.

Baca Lanjut

BANTUAN RM3000 SYARIKAT PENGENDALI PELANCONGAN PEMERKASA (MM2H)

INFO: BANTUAN RM3000 SYARIKAT PENGENDALI PELANCONGAN PEMERKASA (MM2H)

MOTAC menyeru kepada syarikat MM2H yang berlesen di bawah MOTAC untuk mengambil peluang ini untuk mengemukakan permohonan kepada pihak Kementerian.

Kementerian ini telah melancarkan beberapa inisiatif bagi membantu meringankan beban yang dihadapi oleh Syarikat Pengendali Pelancongan yang berlesen di bawah Kementerian yang terkesan dengan wabak COVID 19.

Salah satu insentif berkenaan ialah Program Strategik Memperksa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA), iaitu manfaat bantuan kewangan sebanyak RM3,000.00 yang diberikan secara One-Off kepada Syarikat Pengendali Pelancongan yang layak. Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang program ini.

Baca Lanjut