PERMOHONAN CBRM 2.0: SKIM PEMBIAYAAN PEMULIHAN PERNIAGAAN MIKRO

INFO: PERMOHONAN CBRM 2.0 – SKIM PEMBIAYAAN PEMULIHAN PERNIAGAAN MIKRO

TEKUN Nasional telah membuka permohonan kepada usahawan mikro yang ingin memohon pembiayaan bagi memulihkan perniagaan mereka melalui Skim Pembiayaan Pemulihan Perniagaan Mikro 2.0 (CBRM 2.0).

CBRM 2.0 ialah pembiayaan kepada usahawan TEKUN sedia ada dan usahawan baharu yang terjejas ekoran pandemik COVID-19 untuk membolehkan mereka kembali beroperasi dan memulihkan semula perniagaan mereka.

Objektif pelaksanaan CBRM 2.0 adalah bagi membantu usahawan baharu dan sedia ada yang terkesan akibat pandemik COVID-19 yang menjalankan perniagaan dalam bidang non-essential, aktiviti sosial dan aktiviti rangkaian bagi memulihkan dan memulakan perniagaan dalam kesukaran masa pandemik COVID-19.

Baca Lanjut

TEKUN MOBILEPRENEUR 4.0: BANTUAN HINGGA RM10,000 UNTUK RIDER

INFO: TEKUN MOBILEPRENEUR 4.0 – BANTUAN HINGGA RM10,000 UNTUK RIDER

TEKUN Nasional membuka peluang kepada golongan yang hilang mata pencarian termasuk para belia untuk menjadi ‘rider’ bagi syarikat penghantaran makanan, barangan dan keperluan harian melalui Program TEKUN Mobilepreneur 4.0 yang telah dilancarkan bagi tahun 2021.

Sebelum ini pembiayaan melalui TEKUN Mobilepreneur 1.0, 2.0 dan 3.0 telah dilancarkan dengan mensasarkan untuk memberi peluang menjana pendapatan kepada golongan yang hilang punca pendapatan serta terjejas akibat penularan Covid-19 serta arahan PKP.

Adakah anda berminat untuk memohon Skim Pembiayaan TEKUN Mobilepreneur 4.0? Jom baca syarat kelayakan dan butiran lebih lanjut tentang skim ini di bawah:

Baca Lanjut

PERMOHONAN SKIM PEMBIAYAAN TEKUN MOBILEPRENEUR 2020

INFO: PERMOHONAN SKIM PEMBIAYAAN TEKUN MOBILEPRENEUR 2020

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi telah mewujudkan satu inisiatif pembiayaan modal kepada usahawan perkhidmatan penghantaran menggunakan motosikal iaitu Skim Pembiayaan TEKUN Mobilepreneur.

Matlamat utama skim pembiayaan ini ialah untuk memberi dan mewujudkan peluang perniagaan dan menyediakan bantuan modal kepada kepada golongan yang hilang punca pendapatan serta terjejas akibat penularan COVID-19 serta arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pelaksanaan skim pembiayaan ini dilakukan oleh TEKUN Nasional selaku agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi.

Baca Lanjut