
KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK
Terkini pada 14hb Ogos 2020 yang lalu, Ahli Lembaga Koperasi telah berkumpul untuk membuat persiapan bagi mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Kedua Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd yang telah pun berlangsung pada 15hb Ogos yang lalu.
Alhamdulillah, walaupun masih di dalam keadaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan, KOPUBI dapat melaksanakan tanggungjawab bagi melaksanakan Mesyuarat Agung Tahunan mengikut peruntukan Undang-undang Kecil yang ada.
Mesyuarat Agung Tahunan Kali ke-2 ini akan dijalankan mengikut SOP yang telah ditetapkan dan akan dihadiri oleh anggota yang berdaftar sehinga 31hb Disember 2019 yang lalu.
Baca Lanjut →





KOMEN TERKINI