KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK

Terkini pada 14hb Ogos 2020 yang lalu, Ahli Lembaga Koperasi telah berkumpul untuk membuat persiapan bagi mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Kedua Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd yang telah pun berlangsung pada 15hb Ogos yang lalu.

Alhamdulillah, walaupun masih di dalam keadaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan, KOPUBI dapat melaksanakan tanggungjawab bagi melaksanakan Mesyuarat Agung Tahunan mengikut peruntukan Undang-undang Kecil yang ada.

Mesyuarat Agung Tahunan Kali ke-2 ini akan dijalankan mengikut SOP yang telah ditetapkan dan akan dihadiri oleh anggota yang berdaftar sehinga 31hb Disember 2019 yang lalu.

AKTIVITI KOPERASI YANG LALU: Batch Kedua Stok Produk ‘Biodegradable’

Dijangkakan pada mesyuarat agung ini dividen koperasi bagi tahun 2019 akan diumumkan iaitu sebanyak 10%.

Semoga KOPUBI Perak Bhd akan menjadi sebuah koperasi yang kompiten serta memiliki daya saing yang tinggi untuk menjadi salah sebuah koperasi contoh di Negeri Perak ini pada masa hadapan serta mengorak langkah menjadi salah sebuah koperasi yang disegani.

Insyallah..

Semoga usaha yang dilakukan oleh Ahli Lembaga Pengarah KOPUBI Perak Bhd ini akan memberi impak ekonomi kepada seluruh Anggota koperasi disamping memberi limpahan ekonomi kepada seluruh rakyat di Negeri Perak.

Insyallah”

Saudara Mohamad Jamean bin Zulkepli
Setiausaha Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd.