KURSUS RAHSIA PEMBIKINAN VIDEO SERTA TEKNIK PEMASARAN

PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN.

Antara usaha yang dijalankan oleh PUBI Perak adalah dengan menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan.

Terkini pada 05hb September 2023 yang lalu, PUBI Perak telah menghantar wakil bagi menyertai sebuah kursus anjuran MARA Negeri Perak iaitu Kursus Rahsia Pembikinan Video Serta Teknik Pemasaran Menggunakan Handphone bersama Tok Sidang.

Kursus selama satu hari ini telah berlangsung di Hotel Kinta Riverfront, Ipoh Perak telah dihadiri oleh Saudara Mohamad Nafis selaku Bendahari PUBI Perak dan juga En Khairul Akmal selaku Ahli Jawatankuasa PUBI Perak.

Baca Lanjut

PERJUMPAAN BERSAMA JURUAUDIT KOPERASI

KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK.

Terkini pada 04hb September 2023 yang lalu, Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd telah mengadakan pertemuan dengan dengan pihak Juruaudit Luar yang diiktiraf oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) bagi membincang pelaksanaan proses pengauditan akaun kewangan Koperasi di Pejabat Urusan KOPUBI Perak Bhd.

Mewakili pihak koperasi bagi tujuan perbincangan itu adalah Pengerusi Koperasi iaitu En. Sharul Rahman dan turut disertai oleh Timbalan Pengerusi KOPUBI Perak Bhd merangkap Setiausaha Koperasi iaitu En Haizul Fakarudin dan En Mohamad Firdaus selaku Bendahari Koperasi. Manakala mewakili pihak juruaudit luar adalah wakil daripada ARA Associates iaitu En. Rahim dan Pn Nurul.

Melalui pertemuan ini, pihak KOPUBI Perak Bhd telah bersetuju untuk melantik firma audit ini untuk menjalankan kerja-kerja pengauditan ke atas akaun-akaun kewangan milik koperasi bagi tahun 2022 dan ini adalah kali pertama firma ini mengaudit akaun-akaun KOPUBI Perak Bhd.

Baca Lanjut

MESYUARAT JAWATANKUASA KANTIN SEKOLAH

KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK.

Terkini pada 03hb September 2023 yang lalu, telah berlangsung dengan jayanya Mesyuarat Jawatankuasa Kantin Sekolah yang dianjurkan oleh KOPUBI Perak Bhd antara Pihak Pengurusan KOPUBI Perak Bhd dan Staf Kantin di Pejabat Urusan KOPUBI Perak Bhd Station 18, Ipoh, Perak.

Hadir ke mesyuarat ini mewakili KOPUBI Perak Bhd adalah Pengerusi Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd iaitu En. Sharul Rahman serta En. Haizul Fakarudin selaku Timbalan Pengerusi merangkap Setiausaha Koperasi, Pn Zuraida selaku Penolong Setiausaha dan Bendahari Koperasi iaitu En. Mohamad Firdaus.

Tujuan utama Mesyuarat Jawatankuasa Kantin Sekolah ini adalah untuk membincangkan isu-isu berkaitan kantin sekolah yang dikendalikan oleh Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd (KOPUBI) sejak hujung tahun 2022 yang lalu.

Baca Lanjut

KURSUS ASAS PEMBANGUNAN PRODUK & SERVICE

KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK.

Terkini pada 28hb – 30hb Ogos 2023 yang lalu, Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd (KOPUBI) telah menghadiri sebuah kursus yang dianjurkan oleh Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) iaitu Kursus Asas Pembangunan Produk dan Service.

Kursus dengan kerjasama Sekretariat Usahawan Negeri Perak (STeP) ini telah berlangsung dengan jayanya di Symphony Suites Hotel, Ipoh Perak dan telah dihadiri oleh lebih 29 orang peserta yang terdiri daripada Usahawan dari seluruh Negeri Perak.

Mewakili Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak (KOPUBI) ke kursus yang bermanfaat ini adalah Pengerusi KOPUBI Perak Bhd En. Sharul Rahman dan Timbalan Pengerusi merangkap Setiausaha Koperasi En. Haizul Fakarudin.

Baca Lanjut