
KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK
Terkini pada 8hb Ogos 2020 yang lalu, batch kedua stok produk ‘Biodegradable’ telah tiba di Stor Sementara KOPUBI Perak Bhd untuk dipasarkan ke suluruh Negeri Perak.
Ini adalah sebahagian daripada projek yang diusahakan oleh KOPUBI Perak Bhd bagi merancakkan ekonomi di Negeri Perak ini.
Untuk makluman semua, produk ‘Biodegradable’ adalah produk pengguna yang mesra alam, mudah urai dan senang dilupuskan secara semulajadi. Dengan penggunaan produk yang mesra alam ini kita mampu menyelamatkan bumi kita yang sedang tenat.
AKTIVITI KOPERASI YANG LALU: Kunjungan Hormat Wakil J&T Ekspress
Untuk makluman semua juga, produk plastik pakai buang seperti pembungkus makanan dan minuman mahupun straw yang kita gunakan sehari-harian, mengambil masa sehingga 100-500 untuk dilupuskan dan sebenarnya tiada tempoh yang pasti bahawa bahan-bahan ini benar-benar akan reput atau lupus.
Berbeza dengan produk mudah urai (Biodegradable) ini, ianya hanya mengambil masa kurang dari 4 bulan untuk reput dan terurai dengan sendirinya.
Penggunaan bekas polisterin dan straw bukan saja tidak mudah lupus malah boleh menyebabkan pencemaran dan menghasilkan bahan kimia yang mengancam kesihatan manusia serta dikaitkan dengan pelbagai penyakit terutamanya kanser,
KOPUBI Perak Bhd sebagai salah sebuah koperasi usahawan yang berdaya saing dan kompeten di Bandaraya Ipoh ini telah mengambil pendekatan dan tanggungjawab untuk menyelamatkan bumi dengan memasarkan produk-produk mudah lupus ini.

Antara produk yang bakal dipasarkan adalah seperti ‘Paper Straw’ (Straw yang diperbuat daripada Kertas untuk menghirup air minuman), bekas makanan kertas (menggantikan polesterin), pinggan kertas, cawan kertas dan juga sudu/garfu yang diperbuat daripada kayu.
KOPUBI Perak Bhd melalui pengilang yang pertama di Malaysia yang menghasilkan produk-produk (Biodegradable) ini telah menandatangangi perjanjian usahasama yang membolehkan KOPUBI Perak Bhd menjadi pengedar tunggal produk ini di negeri Perak (di bawah kilang pembuatan yang lebih dikenali sebagai Ecobio Pack Sdn Bhd).
Sehubungan dengan itu, KOPUBI Perak Bhd ingin membuka ruang dan peluang kepada seluruh rakyat di Negeri Perak yang berminat untuk menjadi rakan strategik KOPUBI Perak Bhd di dalam usaha memasarkan produk-produk ini ke seluruh Negeri Perak.
Anda boleh memohon sebagai agen atau pengedah sah kami di kawasan masing-masing atau anda boleh memulakan perniagaan mesra alam ini secara kecilan dengan menjadi agen ‘dropship’ kami.
Insyallah, kita sama-sama akan menikmati pulangan dari segi hasil dan pendapatan yang lumayan disamping kita memlihara bumi kita yang kian sakit dan menuju kehancuran,
Jom kta menambah pendapatan dengan menyelamatkan bumi kita!
Semoga KOPUBI Perak Bhd akan menjadi sebuah koperasi yang kompiten serta memiliki daya saing yang tinggi untuk menjadi salah sebuah koperasi contoh di Negeri Perak ini pada masa hadapan serta mengorak langkah menjadi salah sebuah koperasi yang disegani.
KELEBIHAN UTAMA PRODUK ‘BIODEGRADABLE PAPER STRAW’ KOPUBI
– 100% Buatan Malaysia
– Ketahanan serapan air yang lebih lama (330gsm tickness)
– Diperbuat Daripada ‘Craft Paper’ (Hampas tebu, jagung dan juga padi)
– Menggunakan gam daripada tumbuh-tumbuhan (Ubi kayu)
– Dihasilkan dan diproses di dalam kilang bilik bersih (Clean room factory process)
– Mendapat pengiktirafan daripada FDA (FDA Approved)
HUBUNGI SEGERA UNTUK PERTANYAAN DAN PEMBELIAN:
019 577 3924 / 011 3955 3211 atau klik link whatsapp di bawah ini;
1. www.wasap.my/60195773924/Paper+Straw
2. www.wasap.my/601139553211/Paper+Straw
* POSTAGE KE SELURUH NEGARA
** AGEN PEMBEKAL DIPERLUKAN
KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD.
NO.57B SUSURAN STATION 18, STATION 18 PASIR PUTEH, 31650 IPOH, PERAK DARUL RIDZUAN
05-322 3924 | www.pubiperak.com/koperasi
Semoga usaha yang dilakukan oleh Ahli Lembaga Pengarah KOPUBI Perak Bhd ini akan memberi impak ekonomi kepada seluruh Anggota koperasi disamping memberi limpahan ekonomi kepada seluruh rakyat di Negeri Perak.
Insyallah”
En. Sharul Baha Bin Abd Rahman
Pengerusi Kumpulan PUBI
KOMEN TERKINI