KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK.
Terkini pada 5hb Ogos 2020 yang lalu, Pengerusi Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd. En. Sharul Rahman telah menerima kunjungan hormat oleh wakil J&T Ekspress Malaysia dari Ibu Pejabat Negeri Perak iaitu YM Raja Tawfeeq dan rakan sekerja beliau.
Objektif utama Kunjungan pihak J&T Ekspress Malaysia ini adalah bertujuan untuk mengeratkan hubungan dua hala di antara kedua-dua entiti ini serta membincangkan usahasama yang bersesuaian di antara kedua-dua pihak demi masa depan yang lebih baik dan gemilang.
AKTIVI KOPERASI SEBEUM INI: Perbincangan Projek Usahasama Perkhidmatan Cucian Pejabat & Rumah
Semoga dengan perjumpaan ini akan mengeratkan hubungan kedua-dua pihak disamping memberi faedah dan peluang untuk membangunkan usahawan pada masa hadapan serta mendapat faedah bersama pada masa hadapan
Insyallah..
Semoga usaha yang dilakukan oleh Ahli Lembaga Pengarah KOPUBI Perak Bhd ini akan memberi impak ekonomi kepada seluruh Anggota koperasi disamping memberi limpahan ekonomi kepada seluruh rakyat di Negeri Perak.
Insyallah..”
Pn. Shamsiah Binti Abdullah @ Ahmad
Bendahari Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd.
KOMEN TERKINI