
PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN
Antara usaha yang dijalankan oleh PUBI Perak adalah dengan menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan.
Terkini pada 05hb Ogos 2020 yang lalu, Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak telah menerima kunjungan hormat daripada wakil Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) cawangan Tapah di Pejabat Urusan PUBI Perak & KOPUBI Perak Bhd.
Alhamdulillah, Pengerusi Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak merangkap Pengerusi KOPUBI Perak Bhd iaitu En. Sharul Rahman telah menyambut kehadiran 4 orang pegawai tersebut dan diiringi oleh Timbalan Pengerusi PUBI Perak, En Mohamed Hemi dan juga Bendahari Kehormat PUBI Perak iaitu Pn Noorzalina.
AKTIVITI PERSATUAN YANG LALU: Kunjungan Hormat Pegawai NIOSH (PERAK) Ke PUBI Perak
Turut hadir pada perjumpaan ini pada hari tersebut adalah Penolong Setiausaha Persatuan iaitu Pn Zuraida.
Mewakili pihak PERKESO pula adalahPn. Prema Latha A/p Doraisamy selaku Pengurus Cawangan dan tiga orang pegawai beliau iaitu En. Muhamad Izzuddin Akhmal Bin Mohd Sani, En. Amir Syazwan Bin Roslan dan Pn. Ruzaida Bt Daud.
Objektif utama Kunjungan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) cawangan Tapah ini adalah bertujuan untuk mengeratkan hubungan dua hala di antara kedua-dua entiti ini serta membincangkan usahasama yang bersesuaian di antara kedua-dua pihak demi masa depan yang lebih baik dan gemilang.
Semoga dengan perjumpaan ini akan mengeratkan hubungan kedua-dua pihak disamping memberi faedah dan peluang untuk membangunkan usahawan pada masa hadapan serta mendapat faedah bersama pada masa hadapan.
Insyallah..
Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak adalah sebuah persatuan usahawan dan NGO Perak yang aktif di Bandaraya Ipoh. Persatuan yang berdaya saing ini sedang giat membantu masyarakat terutamanya golongan usahawan dengan menjalankan banyak aktiviti keusahawan, latihan serta kursus usahawan.
Insyallah“
Cik Mawardah Binti Ahmad Yusni
AJK Induk Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak
KOMEN TERKINI