PROGRAM KEBAJIKAN TUNAS HARAPAN-PERMOHONAN KINI TELAH DIBUKA!

SUKACITANYA AHLI JAWATANKUASA PUBI PERAK TELAHPUN MENLANCARKAN KEMPEN PROGRAM KEBAJIKAN TUNAS HARAPAN UNTUK MEMBANTU GOLONGAN YANG SANGAT MEMERLUKAN!

Alhamdulilah, di atas dasar kemanusiaan dan keprihatinan, Ahli Jawatankuasa PUBI Perak dalam mesyuaratnya yang lalu telah memutuskan untuk melancarkan kempennya yang terbaharu iaitu Program Kebajikan Tunas Harapan PUBI Perak di mana melalui program ini PUBI Perak akan membantu golongan yang sangat memerlukan terutamanya di kalangan Peniaga mahupun Usahawan yang ditimpa musibah termasuklah ahli keluarga mereka. Baca Lanjut

KUNJUNGAN HORMAT PUBI PERAK KE PEJABAT YB HASNUL ZULKARNAIN

YB HASNUL ZULKARNAIN SELAKU PENGERUSI JAWATANKUASA KOMUNIKASI, MEDIA, NGO & PEMBANGUNAN KOPERASI MENERIMA BAIK KUNJUGAN HORMAT DELIGRASI AJK PUBI PERAK

Hari ini, 31hb Mei 2018 adalah hari yang sangat bersejarah buat PUBI Perak kerana telah berjaya mengadakan perjumpaan rasmi dengan Exco Kerajaan Negeri Perak iaitu YB Hasnul Zulkarnain selaku Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Media, NGO & Pembangunan Koperasi di Pejabat beliau di Bangunan SUK Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan. Baca Lanjut

SUKARELAWAN TUNAS HARAPAN PUBI PERAK DIPERLUKAN

INGIN MENJADI SUKARELAWAN TUNAS HARAPAN PUBI PERAK?

PUBI Perak sedang giat mencari sukarelawan untuk menjayakan Program Tunas Harapan di mana Program ini adalah sebuah gerakan untuk membantu orang susah yang sangat memerlukan bantuan dan pertolongan di bawah JK Kebajikan & Kerohanian PUBI Perak.

Buat masa ini Program Tunas Harapan PUBI Perak ini memberi keutamaan dan perhatian kepada orang susah/golongan memerlukan di sekitar Ipoh sahaja dan berjanji pada masa akan datang, penduduk luar Ipoh juga akan diberi perhatian sewajarnya.

Beberapa Projek Amal dan inisiatif akan dijalankan bagi mencapai objektif Program Tunas Harapan PUBI Perak ini antaranya ialah; Baca Lanjut

TAHNIAH! YB HASNUL ZULKARNAIN BIN ABD MUNAIM

KENYATAAN MEDIA PUBI PERAK DAN KOPUBI PERAK BERHAD BERKAITAN PELANTIKAN YB HASNUL ZULKARNAIN BIN ABD MUNAIM DI ATAS PELANTIKAN SEBAGAI PENGERUSI JAWATANKUASA KOMUNIKASI & MEDIA, NGO DAN KOPERASI KERAJAAN NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN

 

  1. PUBI Perak dan KOPUBI Perak Bhd merakamkan ucapan TAHNIAH kepada YB Hasnul Zulkarnain Bin. Abd Munain yang telah dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa  Pengerusi Komunikasi & Media, NGO & Koperasi Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan.
  2. PUBI Perak dan KOPUBI Perak Bhd dengan ini menyokong penuh pelantikan Yang Berhormat dan sangat berbangga di atas pelantikan ini.
  3. Kami sangat berharap Yang Berhormat dapat meneruskan dasar-dasar kerajaan sebelum ini terutamanya berkaitan dengan pembangunan NGO dan Koperasi serta memberi perhatian yang sangat mengeluruh bagi memastikan NGO dan Koperasi di Negeri Perak khususnya terus maju dan berdaya saing.
  4. Kami juga berharap di bawah pimpinan Yang Berhormat akan membuat penambahbaikan serta mengiktiraf NGO dan Koperasi di Negeri Perak yang bergerak seiring dengan hasrat Kerajaan Negeri memajukan Negeri Perak.
  5. Semoga NGO dan Koperasi di Negeri Perak mendapat manfaat, bantuan serta peruntukkan yang secukupnya dari Jawatankuasa ini termasuklah pemberian Geran Tahunan Kerajaan Negeri, pembiayaan mahupun pinjaman kepada Koperasi.

 

Sekian,

Sharul Baha Bin Abd Rahman

Pengerusi PUBI Perak

23/05/2018